ReviewSlot Tempatan

Review Filem Iflix: Aku Bukan Gila (2020)

Views

(AMARAN SPOILER)

Masalah mental mutakhir ini sememangnya menjadi satu perkara yang sering dibincangkan di mana mana sahaja termasuklah di media sosial dan tidak terkecuali, dalam industri perfileman. Sekiranya di Hollywood, filem bertemakan “mental illness” bukanlah sesuatu yang baharu malah mereka telah berjaya membuat filem berkaitan penyakit/masalah mental sebaik mungkin dan juga memenangi beberapa anugerah ternama seperti filem Ordinary People yang mengisahkan tentang seorang individu yang mengalami PTSD. Filem tersebut berjaya meraih 33 pencalonan anugerah termasuk Oscar dan memenangi 19 daripada 33 pencalonan itu termasuk Best Picture, Best Director untuk Academy Awards di USA.

Baiklah, berbalik kepada review kali ini iaitu berkenaan dengan filem Malaysia yang memulakan penggambaran sebelum bermulanya penularan wabak COVID – 19 dan hanya mengambil masa selama 10 hari. Filem Aku Bukan Gila ini dibintangi oleh Fasha Sandha dan Beto Kusyairy mengisahkan tentang seorang gadis dengan diagnosis Bipolar Disorder dan jejaka dengan “anger management issue”.

Filem ini dimulakan dengan menunjukkan bahawa watak yang dibawa oleh Fasha ini didiagnos dengan Bipolar Disorder. Babak babak tipikal ditunjukan untuk kefahaman kepada penonton seperti sesi konsultasi bersama doktor dan sebagainya. Boleh dikatakan, pengenalan watak kepada penonton berjaya disampaikan dengan baik dan penonton mampu untuk berkenalan dengan watak itu sendiri.

Namun setelah 25 minit menonton filem ini, saya sendiri keliru tentang halatuju dan jalan cerita ini sendiri. Ia seolah olah kosong dan tiada arah untuk dituju. Tiada isu yang penting berkenaan seorang yang mengalami gangguan mental melainkan dalam usahanya untuk mencari cinta dan juga peneman hidup. Lebih teruk lagi, watak yang dibawa oleh Fasha dalam filem ini telah lama didiagnos dengan Bipolar Disorder dan bukannya masih baharu atau pada peringkat penilaian. Namun ia seolah olah tiada apa apa nasihat lain diberikan oleh doktor selain daripada preskripsi ubat dan bertanyakan tentang tidur dan emosi pesakit.

Begitu juga dengan watak Beto yang mana kita tahu bahawa watak yang dibawanya mengalami masalah dengan mengawal kemarahan dan kita disajikan dengan kemarahan watak tersebut secara terus menerus tanpa ada penyelesaian. Namun ada juga bagusnya kerana pengakhiran file mini, watak Fasha telah membawa beliau berjumpa dengan doktor yang merawatnya untuk mendapatkan nasihat dan mungkin terapi berkenaan dengan isu mengawal kemarahan yang dialami.

Pujian juga harus diberikan kerana pihak produksi berjaya meletakkan symptom – symptom Bipolar Disorder secara tepat dan tidak berlebihan ke dalam diri watak filem ini dan saya sendiri sebagai seorang yang berkecimpun dalam dunia psikiatri hamper 10 tahun ini dapat melihat secara mudah “common” symptom Bipolar Disorder pada diri watak yang dibawa oleh Fasha seperti “exxesive talking”, “flight of ideas” dan sebagainya. Juga “poor family support” yang merupakan antara “contributing factor” kepada Bipolar Disorder ini sendiri.

Kesimpulannya, bagusnya filem ini hanya terletak kepada ketepatan klinikal Bipolar Disorder itu sendiri yang mana mungkin boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan pembelajaran sampingan di mana mana institut pengajian namun untuk kualiti sebuah filem ia masih lagi belum dapat dikategorikan sebagai filem yang bagus juga tidak termasuk dalam filem yang teruk. Ia hanya sebuah filem tipikal Malaysia yang menggunakan terma psikiatrik tetapi tetap menerapkan nilai percintaan sepertimana filem filem Malaysia tipikal yang lain.

p/s : filem Malaysia dah boleh mula langkah keluar daripada menjadikan cinta sebagai jalan cerita utama…

RATING KAKIMUVEE : 4/10

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks