Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem How to Train Your Dragon: The Hidden World


REVIEW FILEM : HOW TO TRAIN YOUR DRAGON 3 – THE HIDDEN WORLD.
AMARAN SPOILER.

Meneruskan kesinambungan daripada HTTYD 2 beberapa tahun yang lepas, kali ini naga yang berada di alam semulajadi masih berhadapan dengan manusia yang menangkap naga dan membunuh mereka untuk keseronokan. Hiccup masih lagi bersama pasukannya meneruskan kerja menyelamatkan naga naga yang telah ditangkap dan kali ini mereka berhadapan dengan penjahat yang tidak pernah mereka sangkakan.

Disamping itu, Hiccup telah mencadangkan sesuatu kepada seluruh penduduk Berk iaitu untuk memindahkan semua naga yang ada termasuk naga peliharaannya iaitu Night Fury ke sebuah tempat yang dikenali sebagai Dunia Rahsia ( Hidden World). Ketika itu, Dunia Rahsia ini masih diragui akan kewujudannya dan yang hanya percaya akan keberadaan dunia tersebut adalah mendiang bapa Berk.

Dalam pencarian mereka untuk mencari dunia tersebut, penjahat yang mereka tentangi di awal penceritaan tadi terus menjejaki mereka dan pada suatu ketika naga – naga yang berada di Berk telah berjaya ditangkap oleh penjahat tersebut. Mampukah mereka mendapatkan kembali naga yang telah ditangkap tersebut dan berjaya kah mereka menemui Dunia Rahsia tersebut?

Jawapannya ada di pawagam berhampiran anda secara umumnya bermula 31 Januari 2019 nanti. Sneak preview di beberapa pawagam terpilih bermula 25 Januari 2019!
Sequel kali ini meneruskan kesinambungan daripada bahagian kedua beberapa tahun yang lalu dimana terdapat beberapa detail yang tidak di ulang tayang memorinya pada siri ketiga ini. Seperti mereka yang tidak menonton bahagian kedua sudah pasti tidak akan mengetahui bahawa perempuan yang menunggang Cloudjumpper adalah ibu kepada Hiccup dan beberapa lagi perincian yang lain.


Kisah kali ini juga memaparkan tentang kisah Dunia Rahsia seperti mana yang terpapar ditajuknya. Namun kisah berkenaan Dunia Rahsia ini adalah sangat minima dan dibayangi oleh kisah penjahat yang ada dalam filem ini yang ingin membunuh spesis Nighy Fury terakhir yang wujud. Juga terdapat beberapa babak yang boleh menjadi “anti-klimaks” kepada penonton.

Seperti filem animasi yang lain, HTTYD 3 pada kali ini juga tidak terlepas dengan mainan emosi namun ia tidak dibiarkan berpanjangan pada beberapa babak kerana “interruption” daripada watak lain ke dalam babak tersebut.
Dari segi kesan khas, sudah tentu tidak perlu dibahaskan lagi cuma ton warna untuk siri kali ini sedikit “dark” berbanding yang sebelumnya.

Syabas juga diucapkan kepada pihak produksi kerana berjaya mengelak “Sumpahan Filem Ketiga” terhadap siri HTTYD 3 pada kali ini.
Kepada anda yang tertanya tanya adalah filem ini sesuai untuk seisi keluarga? Jawapannya YA..


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee