Review Filem Hanum & Rangga

159
views

Pengorbanan, inilah kunci untuk menggambarkan serba sedikit tentang filem romantis dari Indonesia yang berjudul Hanum & Rangga ini. Jujur saya katakan, Hanum & Rangga filem yang sangat kiut dan mampu menjentik jiwa pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga.

Hanum & Rangga berlatarbelakangkan kisah 9/11 yang berlaku di Amerika Syarikat sehingga wujudnya perasaan islamphobia dikalangan rakyat negara itu. Hanum (Lakonan Acha Septriasa) merupakan seorang pemberita muda yang berbakat tetapi perlu mengorbankan cita-citanya demi suaminya, Rangga (Rio Dewanto) yang ingin melanjutkan pelajarannya. Namun, setelah Rangga melihat isterinya menerima tawaran dari pemilik Global New York TV iaitu Andy Cooper (Arifin Putra), Rangga perlu mengorbankan pelajarannya demi melihat isterinya gemberi. Bagaimanapun, kedua-dua pasangan tersebut diuji sehingga menimbulkan keretakan dalam dunia rumah tangga mereka.

Filem ini mempunyai jalan cerita yang baik diawalnya. Susunan babak sangat teratur dan tidak membosankan. Saya tersenyum melihat kemesraan pasangan suami isteri ini dimana saya menganggap pengarahnya bijak menceritakan kehidupan Hanum dan Rangga. Antara yang paling saya suka dengan perjalanan cerita filem romantis ini adalah adegan-adegan humor. Saya tidak kenal akan pelakon Alex Abbad yang membawakan watak Sam ini, wataknya ‘comic relief’ dan muncul tepat pada waktunya untuk meredakan ketengangan pada babak serta memberi gelak ketawa penonton. Bagi saya karakter Sam banyak membantu dari segi penceritaan dan juga memberi ‘mood’ yang pelbagai kepada penonton .

Bagaimanapun, saya kurang gemar dan ‘third act’ filem ini. Bahagian ini anti-klimaks dan agak cringe. Terlampau mudah pengarahnya untuk menamatkan cerita dan penyelesaian konflik diantara Hanum dan Rangga tidak begitu kuat serta gagal meninggalkan kesan kepada penonton. Namun seperti yang saya katakan diperenggan atas, watak Sam sedikit sebanyak menguatkan ‘happy ending’ filem ini.

Dari segi lakonan, Acha Septriasa dan Rio Dewanto tidak mengecewakan. Lakonan mereka sangat kuat sehingga berjaya menghidupkan watak-watak mereka. Cuma watak antagonis Arifin Putra tidak begitu memberangsangkan, karakternya sebagai orang ketiga yang cuba menghancurkan rumahtangga Hanum dan Rangga gagal diterjemahkan dengan baik sekali. Jika anda bertanyakan kepada saya siapakah ‘MVP’ untuk filem ini, sudah tentu saya berikan kepada Alex Abbad, watak Sam lakonan sangat menghiburkan.

Secara keseluruhanya, Hanum & Rangga adalah filem romantis yang sangat sesuai untuk ditonton terutamanya pada pasangan yang sedang bercinta. Islamphobia yang menjadi salah satu point filem ini adalah hanya sekadar selingan, tetapi erti pengorbanan yang ditunjukkan menjadi moral yang perlu dicontohi oleh para penonton.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here