Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Guns Akimbo (2019)


Amaran Spoiler!!!

Diatas kertas, Guns Akimbo dilihat seperti tipikal filem-filem bertemakan “Death Games”, dimana watak utama perlu menentang beberapa lawannya dan menjuarai permainan maut agar tidak dibunuh oleh penganjur. Tetapi filem arahan dan tulisan Jason Lei Howden ini menampilkan sedikit kelainan dengan gabungan konsep permainan video dan aksi tanpa henti agar peminat terhibur dan mengemari karya terbarunya ini.

Ditetapkan dimasa hadapan, ia berkisarkan tentang seorang pengaturcara komputer yang dipaksa menyertai satu permainan maut anjuran ‘Skizm’, sebuah organisasi bawah tanah yang kejam. Miles (Daniel Radcliffe) adalah seorang lelaki nerd abad ke-21 yang stereotaip dan tinggal keseorangan disebuah flat yang penuh dengan figura-figura aksi. Dia mempunyai angan-angan untuk menjadi seorang yang hebat, tetapi kehidupan seharianya menunjukkan sebaliknya. Dia seorang yang bosan, sering dibuli oleh ‘bos’nya dan tersangkut dengan bekas teman wanitanya iaitu Nova (Natasha Liu Bordizzo). Disebabkan dia hanya orang biasa di dunia realiti, Miles sering menjadi ‘keyboard warrior’ di alam maya.

Bagaimanapun, sikapnya yang suka mengejek diserata media sosial telah mengundang padah pada dirinya. Puncanya disebabkan dia sengaja mencemuh penonton-penonton dilaman ‘streaming’ Skizm. Sikapnya buruknya itu telah mendapat perhatian pengelola permainan Skizm. Walaupun telah diberi amaran, sikap Miles yang ego dan ingin membuktikan dirinya adalah ‘keyboard warrior’ sejati, telah menyebakan dia dengan ‘selamber’ menghina kumpulan Skizm. Tenang dan bersikap profesional, Skizm telah menggodam laptopnya dan mendedahkan alamat IP Miles. Seperti kebanyakan ‘keyboard warrior’ yang acah hebat di alam maya tapi penakut di dunia realiti, Miles terkejut dengan pendedahan IP oleh Skizm. Lebih teruk!, dia telah diserang, kedua tangannya telah dipalam dengan pistol dan dia diberi satu tugasan maut, iaitu membunuh Nix (Samara Weaving), pahlawan yang tidak pernah kalah dalam permainan maut anjuran Skizm.

Guns Akimbo boleh dikatakan ‘mashup’ diantara John Wick dan Atomic Blonde kerana ia memberikan adegan-adegan aksi yang cukup bergaya dengan gabungan musik electro yang sangat rancak. Boleh dikatakan, sepanjang perjalanan filem, penonton disajikan dengan adegan kejar-mengejar dan tembak-menembak yang mampu membuat anda ‘sesak nafas’. Guns Akimbo bukan sekadar menunjukkan pertembuangan dua watak utama, tetapi turut memberi fokus kepada Nix dalam menumpaskan lawan-lawannya selain Miles – ibarat seperti menonton John Wick dimana hero tunggal menumpaskan puluhan musuhnya.


Selain itu juga, konsep ala permainan video seperti syot sinematografi dan paparan grafik pada skrin turut menjadikan Guns Akimbo sebuah filem yang unik. Ia seolah-olah membawa penonton ke dalam sebuah permainan video aksi, cuma anda tidak mengawal karakternya. Cuma, syot sebegini mungkin tidak dgemari sesetengah penonton.  Bagi yang tidak pernah bermain permainan video aksi terutamanya yang berkonsepkan “first-person-shooter”, pastikan akan sedikit pening dengan gerakan kamera yang berpusing-pusing dan kadang-kala memberi fokus kepada ‘viewpoint’ karakter.

Jika Samara Weaving sudah kelihatan ‘badass’ dalam filem Ready or Not, lakonannya sebagai Nix lebih gila, lebih ganas dan lebih ‘badass’. Aksinya hampir merupai John Wick, gayanya pula ala Lorraine Broughton (Atomic Blonde) – hot dan ‘badass’ – dan personalitinya pula sama gila seperti Harley Quinn, Weaving sekali lagi mencuri perhatian penonton. Begitu juga Daniel Radcliffe, walaupun dia dilihat seperti tidak sesuai untuk berlakon dalam filem aksi, karakternya bertepatan dengan pelakon tersebut.

Sebagai sebuah filem yang turut menyuntik elemen komedi, Guns Akimbo juga memberikan humor yang mengelikan hati. Kedua-dua pelakon – Weaving dan Radcliffe – seringkali memberikan adegan-adegan kelakar setiap mereka berdua bertemu. Walaupun Nix mudah untuk membunuh lawannya, jika dia bertemu Miles, pasti akan berlaku pekara yang menghiburkan dek kerana sikap Miles yang ‘nerd’.

Meskipun Guns Akimbo menyajikan adegan aksi yang cukup mantap, tempo filem yang pantas, dan jalan cerita yang ringkas, filem ini sedikit bermasalah pada babak penghujungnya. ‘Final stage’ permainan maut ini tidak sehebat sewaktu permulaan dan pertengahan. Antagonis utamanya tidak memberi cabaran besar kepada karakter utama, dan dilihat sedikit tergesa-gesa untuk ditamatkan.

Apapun, penamat Guns Akimbo memberi sesuatu yang menarik kepada penonton yang mula jatuh cinta pada konsep dan ceritanya. Jika anda meminati filem aksi ‘permainan maut’ ala permainan video, Guns Akimbo adalah filem yang harus ditonton. Anda tidak perlu risau dengan jalan cerita yang berbelit-belit, ambillah ‘pop-corn’, duduk dengan tenang dan nikmatilah segala aksi serta lagu-lagu rancak yang menghiburkan, dan berharap agar sekuel filem ini dapat dihasilkan dimasa hadapan. Kerana apa? Miles, si Guns Akimbo ingin meneruskan ‘permainannya’ memburu ‘kepala-kepala’ Skizm.

Guns Akimbo akan memulakan tayangannya mulai 5 Mac ini.

RATING KAKIMUVEE: 8.5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee