Review Filem Goosebumps 2 : A Haunted Halloween

141
views

Review Filem Goosebumps 2 : A Haunted Halloween

AMARAN SPOILER !

Durasi : 1j30m
Genre : Aksi / Komedi / Kekeluargaan.
Arahan : Ari Sandel
Lakon Layar : Rob Lieber
Pelakon : Wendi McLendon-Covey, Madison Iseman, Jeremy Ray Taylor
Terbitan : Columbia Pictures, Original Film, Scholastic Entertainment

Goosebumps 2 kali ini masih lagi mengekalkan konsep asalnya iaitu karakter – karakter dari sebuah buku yang ditulis oleh R. L Stine hidup ke alam nyata dan kali ini buku yang tidak pernah disiapkan oleh penulisnya telah dijumpai oleh dua orang kanak – kanak yang menggelarkan diri mereka sebagai “Junk Bros”. Buku tersebut telah dijumpai dalam sebuah rumah yang diletakkan dalam satu peti rahsia. Segalanya bermula setelah mereka dengan sengaja membaca satu mantera yang terdapat bersama – sama buku tersebut dan satu anak patung ventrilokis telah muncul secara tiba – tiba.

Mereka kemudiannya telah membawa pulang anak patung tersebut dan beberapa kejadian aneh telah terjadi di rumah mereka dan akhirnya mereka sedar bahawa patung tersebut boleh bercakap dengan sendirinya dan mempunyai satu niat jahat. Dua orang kanak – kanak ini tadi bersama dengan kakaknya telah merancang untuk menghanyutkan patung tersebut di dasar sungai namun rencan tersebut akhirnya menemui jalan buntu setelah patung tersebut berjaya meloloskan diri daripada kurungan yang dibuat oleh mereka.

Patung itu akhirnya menjalankan rencana beliau sendiri selepas rancangannya untuk mempengaruhi dua orang kanak – kanak itu tadi gagal. Dengan menggunakan jampi yang sama untuk menghidupkannya dari dalam buku tersebut, patung itu tadi telah menjampi bandar dan menghidupkan setiap patung yang ada dan menjadikan cerita dalam buku “Haunted Halloween” itu satu realiti. Pelbagai cara telah difikirkan oleh mereka bertiga untuk menewaskan kejahatan yang telah dibawa oleh patung tersebut.

Goosebumps 2 kali ini telah meneruskan kesinambungan penceritaan daripada Goosebumps yang pertama dahulu dan garis masa yang berlaku juga tidak jauh sekiranya dibandingkan dengan Goosebumps yang pertama dahulu. Perkara ini disahkan dengan perbualan watak yang ada dalam Goosebumps 2 pada kali ini. Menjadikan kanak – kanak sebagai watak utama pada kali ini, berbeza dengan filem yang pertama iaitu remaja sebagai watak utama menjadikan filem kali ini lebih mesra kanak – kanak dan juga menyelitkan adegan – adegan yang tidak keterlaluan.

Walau bagaimanapun, lawak yang disampaikan kepada penonton dalam Goosebumps 2 pada kali ini boleh dikategorikan sebagai lawak yang agak hambar dan juga “awkward” di mana lawak yang digunakan agak memaksa penonton untuk ketawa dan itu sememangnya satu perkara yang menjerat filem ini sendiri. Selain itu juga, perkembangan jalan cerita juga boleh dikategorikan sebagai “biasa – biasa” dan apabila dicampur dengan lawak hambar yang diberikan, menjadikan filem ini sebagai satu “malapetaka” dalam francais Goosebumps yang ingin dibina oleh pihak produksi.

Akan tetapi, penggunaan CGI yang agak mantap menjadikan filem ini sebagai satu jamuan mata yang agak baik dan boleh menjadi sedikit pengubat kepada lawak hambar dan jalan cerita yang kurang menjadi dalam filem Goosebumps 2 ini.

Sequel?? Melihat kepada perjalanan watak yang ada dalam Goosebumps 2 ini dan klu – klu yang diberikan, sequel ketiga mungkin akan diberikan dalam tempoh dua tahun lagi, namun itu bergantung kepada sambutan yang diberikan oleh pihak penonton untuk sequel kedua ini dan sekiranya sequel ketiga menjadi kenyataan adalah diharapkan pihak produksi mampu membaiki kualiti penyampaian bagi mengelakkan ia terkena “sumpahan sequel ketiga” sepertimana yang telah banyak terkena kepada filem filem lain.

Rating Kakimuvee : 4.5/10

#Kakimuvee
#KakimuveeReview

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here