Review Filem Godzilla: King Of The Monsters

0
124
views

AMARAN SPOILER FILEM GODZILLA: KING OF THE MONSTERS 2019

Sebuah filem yang merupakan sequel kepada filem Godzilla 2014 yang merupakan siri dalam MonsterVerse dibawah terbitan studio Warner Bros. dan Legendary Pictures.

Godzilla: King Of The Monsters pada kali ini merupakan sambungan secara terus daripada Godzilla 2014. Cerita dibuka dengan babak suasana semasa pertarungan antara Godzilla dan MUTO pada tahu 2014 yang lalu. Kemudian terus dibawa kepada sedikit pengenalan untuk Godzilla: King Of The Monsters yang senggang masanya adalah sebanyak 5 tahun.

Kali ini pihak Monarch telah membongkar lebih banyak perkara berkenaan Titan yang ada dan tempat tempat kajian mereka yang dikenali sebagai "Outpost". Antara Outpost yang di"highlight"kan pada kali ini adalah Outpost di China, Mexico dan Antartica yang mana merupakan "kediaman" setiap Titan yang dikenali dengan nama Mothra, Rodan dan Ghidorah.

Hanya sedikit sahaja intro yang diberikan namun untuk sudah memadai untuk membawa penonton kepada sequel ini dan jalan ceritanya terus dibawa kepada konflik yang mana menunjukkan Titan pertama dalam filem ini iaitu Mothra dalam bentuk larva dan juga alat yang dicipta oleh seorang saintis untuk mengawal Titan iaitu ORCA. Konflik politik antara manusia juga turut diselitkan dalam filem kali ini dimana pihak kerajaan ingin memusnahkan semua Titan yang ada dan satu pihak lagi adalah mereka yang ingin mempertahankan kewujudan titan sebagai salah satu kunci kepada biodiversiti alam bumi.

Satu persatu titan mula ditunjukkan kepada penonton dengan teratur dan epic entrance mereka masing masing terutamanya babak God Rays daripada Mothra yang dilihat begitu cantik diiringi bersama lagu tema Mothra sudah  pasti mampu menitiskan airmata mereka yang menghayatinya. Jalan cerita dibawa dengan tersusun dan tidak terlalu terburu buru sehingga kepada final battle Godzilla itu sendiri yang pasti akan menahan anda daripada mengelipkan mata.

Sepertimana trailer trailer yang dikeluarkan oleh pihak produksi, ternyata filem ini juga cukup cantik pada visual dan audionya. Jalan ceritanya yang kali ini begitu mudah menepis manusia sebagai watak sampingan dan "spotlight" diberikan kepada titan titan yang ada sesuai dengan konsep filem ini iaitu Titan adalah "original and rightful ruler of the earth".

Screen time para titan juga begitu memuaskan pada kali ini sesuai dengan kedudukan filem ini sebagai sequel kepada filem Godzilla 2014 lalu di mana dalam filem tersebut, kemunculan epik Godzilla ditahan sehingga kepada minit yang ke 70. Dan sepertimana yang telah dinyatakan, pihak produksi dilihat begitu menjaga potrayal of the titan dengan tidak melupakan origin setiap titan yang ada seperti Mothra yang wujud dengan kuasa kesaktiannya dan dianggap sebagai Ratu Raksasa dan Ghidorah yang berasal dari angkasa lepas.

Detailing yang ada pada visual filem ini boleh dikatakan memuaskan dan tidak wujud babak babak yang kekartunan. Dicampur dengan lagu tema yang sememangnya kena dan teknikal panggung yang hebat, mampu memberi kepuasan berganda kepada penonton. Sememangnya disyorkan untuk ditonton dalam format IMAX.

Bagi anda semua peminat kaiju/godzilla ini adalah sebuah sequel yang anda wajib tonton dan sekiranya anda bukan peminat MonsterVerse, maka adalah disarankan untuk anda menonton dua filem MonsterVerse sebelum ini iaitu Godzilla 2014 dan Kong : The Skull Island.

"What is a king.... To a God"

Rating Kakimuvee : 9/10

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here