Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem Glass (2019)

AMARAN SPOILER.!!

Meneruskan kesinambungan daripada Unbreakable 2000 dan Split 2017. Filem pada kali ini mengisahkan tentang perihal tiga orang manusia yang dilihat mempunyai kebolehan luar biasa dirawat di sebuah pusat psikiatri oleh seorang psikiatris. Kevin merupakan seorang pengidap Dissociative Identity Disorder (DID) atau sebelum ini dikenali sebagai multiple personality disorder. David dikenali sebagai manusia luar biasa kerana beliau merupakan satu satunya manusia yang terselamat daripada sebuah kemalangan maut kereta api pada suatu ketika dahulu dan Elijah dikenali dengan memiliki kebijaksanaan yang luar biasa. Ketiga tiga mereka ini ditempatkan di sebuah pusat psikiatri dan dirawat oleh Dr Staple.

Kehidupan mereka berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari David dan Kevin telah ditangkap di sebuah kawasan terbiar ketika sedang berlawan antara satu sama lain. Bermula daripada hari itu, Dr Staple bersungguh sungguh meyakinkan mereka bahawa apa yang mereka alami hanyalah berada dalam pemikiran mereka sahaja dan mereka perlu percaya bahawa tidak ada manusia yang luar biasa di dunia ini seperti di dalam dunia komik. Pelbagai sesi terapi telah dijalankan antaranya adalah group therapy, drug therapy dan juga cognitive behavioural therapy.

Tanpa disedari oleh Dr Staple, Elijah atau nama samaran baharunya Mr Glass telah merancang satu perancangan di luar pengetahuan Dr Staple sehinggalah membawa kepada satu pertarungan sesama mereka di luar pusat psikiatri itu sendiri.

Kepada mereka yang meminati filem yang berteraskan psikologi psikiatri adalah amat disyorkan untuk menonton filem ini.

Walaupun filem Split dan Unbreakable tidak berkait namun filem Glass ini adalah kesinambungan daripada dua buah filem tersebut.

Pihak produksi dilihat berjaya menjaga kontinuiti dari segi timeline yang berlaku dalam filem ini serta detailing daripada dua filem sebelumnya. Namun menjadi kekurangan kepada mereka yang masih belum menonton Unbreakable dan Split kerana kefahaman daripada dua buah filem tersebut akan dibawa terus ke dalam filem ini.

Kesan khas yang digunakan walaupun tidak banyak namun dilihat agak baik dari segi utilization nya dan tidak kekartunan.

Idea saintifik yang menjadi teras utama filem ini juga dilihat digunakan begitu baik sehingga mampu dikatakan 90% tepat.

Namun ditegaskan sekali lagi sepertimana filem Fantastic Beast 2 baru baru ini, begitu jugalah filem Glass ini dimana tidak banyak aksi yang boleh diharapkan dan penonton harus menonton terlebih dahulu filem sebelumnya.

Sekian.

Rating Kakimuvee : 8.5/10

Related posts

Review Filem: The Call (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Mosul (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Mulut Masin (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Vanguard (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Bu, Kasih Suci (2019)

Ahmad Fariszuan

Review: Bikin Filem (2020)

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating