Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Ghost Lab (2021)

GHOST LAB (L to R) THANAPOB LEERATANAKACHORN as WEE, PARIS INTARAKOMALYASUT as GLA in GHOST LAB Cr. NETFLIX © 2021

Kemunculan filem seram dari Thailand di laman penstriman atas talian seperti Netflix adalah satu perkara yang agak jarang sebenarnya berlaku dan kali ini Netflix membawakan satu filem seram yang berjudul Ghost Lab di laman mereka.

Mengisahkan tentang dua orang doktor yang bertugas di sebuah hospital. Menariknya, salah seorang daripada mereka sangat obses dengan perkara “supernatural” atau lebih mudah kita sebut sebagai hantu. Manakala seorang lagi tidak begitu berani untuk berhadapan dengan perkara sebegini namun masih mempercayai akan kehidupan yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar.

Berbekalkan keobsesan yang ada pada dirinya, seorang doktor ini telah memulakan kajian terhadap hantu sekian lama dan menjebakkan rakannya ke dalam kajian setelah satu peristiwa penampakkan hantu di hospital mereka bertugas. Mereka kemudiannya meneruskan kajian mereka setelah pelbagai perkara mereka lalui bersama sehinggalah selesai kajian mereka.

Filem Ghost Lab ini menggabungkan konsep perubatan moden dan juga teori paranormal yang mana boleh dikatakan perkara yang agak menarik. Filem Ghost Lab ini juga mengingatkan saya kepada satu filem Hollywood yang pernah ditayangkan beberapa tahun yang lepas iaitu Flatliners yang mana juga melibatkan persona perubatan mengkaji kehidupan alam selepas mati.

Perjalanan cerita yang disampaikan oleh filem ini boleh dikatakan agak teratur walaupun ada beberapa perkara yang boleh dipersoalkan sepertimana watak utama yang merupakan dua orang doktor di sebuah hospital dan salah seorang daripadanya adalah pakar bedah. Banyak sungguh masa si pakar bedah ini untuk mengkaji soal hantu di samping pekerjaannya yang boleh dikatakan agak padat dan secara tak langsung mengingatkan saya kepada sesetengah drama Melayu yang mana watak utamanya berkerjaya namun mempunyai masa lapang begitu banyak.

Satu perkara lain yang dapat dipuji adalah fakta perubatan yang ditampilkan dalam filem ini juga tepat sepertimana yang ada dalam jurnal jurnal fakta perubatan walaupun filem ini bukannya sepenuhnya berasaskan perubatan.

Secara keseluruhannya, filem ini adalah sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton lebih lebih lagi kepada mereka yang gemar menonton filem seram kerana filem ini juga menyajikan elemen seram dan saspen yang mampu memeranjatkan sesetengah penonton. Pengakhirannya yang melibatkan mainan emosi juga mungkin mampu menggamit minat sesetengah penonton.

Ghost Lab boleh distrim di Netflix

Rating Kakimuvee

3.5/5

Related posts

Review Siri TV: Squid Game (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Cruella (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Mencari Rahmat (2017)

Kakimuvee

Review Filem: Ada Hantu (2021)

Kakimuvee

Review Siri TV: What If…? (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Tomorrow War (2021)

Kakimuvee

Leave a Comment