You are here Home » Review Filem: Gemini Man (2019)

Review Filem: Gemini Man (2019)

AMARAN SPOILER!!!

Satu lagi buah tangan daripada Paramount Pictures kini menemui peminat setelah sekian lama kita semua tidak disajikan buah tangan daripada produksi ini.

Filem Gemini Man kali ini mula ditayangkan pada 9 Oktober 2019 dan ditayangkan awal iaitu “sneak preview” seminggu lebih awal di beberapa pawagam terpilih. Dibintangi oleh Will Smith yang kali terakhir kita dapat lihat beliau adalah melalui watak Genie dalam filem Aladdin 2019 keluaran Disney beberapa bulan sebelum ini.

Filem kali ini mengisahkan tentang sebuah organisasi kerajaan yang dikenali sebagai Gemini yang bertindak sebagai pasukan kawalan keselamatan yang mana diketuai oleh seorang individu yang terlalu inginkan kemenangan di dalam peperangan. Oleh kerana itu, beliau telah mengklonkan seorang askar yang mempunyai kebolehan luar biasa yang mana kini telah bersara dari perkhidmatan.

Pihak tersebut pula telah menggunakan klon itu tadi untuk membunuh askar yang merupakan versi originalnya. Perihal klon ini dapat diketahui akhirnya oleh askar tersebut dan menjelaskan segalanya kepada kenalan beliau dan kemudiannya membentuk satu pasukan untuk memburu kepala kepada organisasi ini.

BACA:  Review Filem: Upin Ipin Keris Siamang Tunggal 2019.

Sekiranya anda ingin mengetahui penamat kepada filem ini, bolehlah terus ke pawagam terdekat untuk menontonnya sendiri.

Sebuah filem yang diarahkan oleh pengarah yang pernah memenangi anugerah OSCAR iaitu Ang Lee. Filem Gemini Man kali ini jika dilihat jalan ceritanya hampir menyamai jalan cerita Suicide Squad yang diterbalikkan di mana watak yang pada asalnya menjadi “villain” diberikan twist kepada wataknya dan menjadi pembantu kepada hero dalam menumpaskan penjahat sebenar dalam pengkisahan filem Gemini Man ini.

Akan tetapi, filem ini berjaya diselamatkan menerusi visualisasinya yang cukup hebat. Lebih mengagumkan sekiranya anda menonton filem ini dalam format 3D yang juga disajikan dalam paparan 120fps yang semestinya memberikan kepuasan maksimum kepada penonton lebih lebih lagi kepada mereka yang mementingkan aspek visual dalam menonton sesbuah filem. Digabungkan bersama “camera work”nya yang boleh dianggap futurealistik serta sinematografinya yang hebat filem ini benar benar memberi gambaran tentang visual filem dunia moden.

Skor muzik yang digunakan dalam filem ini juga mendapat “vibes” “masa hadapan”. Muzik yang ikonik dilihat kena dengan filem ini ditambah dengan aksi yang disajikan.

Secara kesimpulannya filem ini sekiranya dilihat kepada jalan ceritanya hanyalah biasa biasa sahaja. Namun sekiranya dilihat pada aspek teknikal yang lain, filem ini benar benar memberikan sebuah pengalaman baharu kepada anda semua yang menonton filem ini.

BACA:  London Has Fallen Review

Rating Kakimuvee : 7/10

Loading...