Review

Review Filem: Frozen 2

Views

Jika filem pertama Frozen membuatkan para ibu bapa terpaksa melayan ragam anak-anak menyanyikan lagu “Let It Go”, filem sekuel berjudul Frozen 2 mungkin sedikit berbeza. Kali ini ibubapa pula sibuk menyanyikan lagu “Into The Unknown” yang juga merupakan lagu utama animasi terbaru Walt Disney Pictures itu.

Selepas Elsa (Idina Menzel) dapat menyesuaikan diri dengan kuasa salji yang dimilikinya dan menjadi ratu Arendelle, sekuel kali ini mengembangkan lagi kisah ratu salji itu dengan membawa penonton melihat asal-usul bagaimana Elsa memiliki kuasa luarbiasanya itu.

Filemnya dimulakan dengan babak ‘flashback’ dimana Raja Agnarr (Alfred Molina) menceritakan kepada anak gadisnya iaitu Elsa dan Anna (Kristen Bell) mengenai sejarah hitam yang pernah melanda kota Arendelle. Selang beberapa puluh tahun kemudian, ketika Elsa menjadi pemerintah kota Arendelle yang aman, dia mendengar suara misteri yang sering menganggu kegiatan hariannya. Rasa ingin tahunya telah membawa malapetaka kepada kota Arendelle dimana ke semua penduduk telah dihalau dari rumah mereka oleh satu kuasa misteri.

Ingin mencari sumber suara misteri itu dan mahu menyelamatkan penduduk Arendelle, Elsa, Anna berserta rakan mereka iaitu Kristoff (Jonathan Groff), Olaf (Josh Gad) dan Sven si rusa telah pergi ke sebuah hutan mistik yang diselubungi kabus tebal dan tidak boleh dimasuki. Dengan menggunakan kuasa yang ada pada dirinya, Elsa, Anna serta rakan-rakannya berjaya memasuki hutan tersebut. Bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan pertembungan dua puak yang terdiri daripada penduduk asal hutan mistik itu dengan saki-baki tentera Arendelle yang sebelum ini dianggap telah hilang.

BACA:  Review Filem: Ready Or Not (2019)

Selepas berjaya mendamaikan kedua-dua puak tersebut, Elsa dan Anna berjaya mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai sejarah hutan tersebut terutamanya asal-usul ibunya. Tetapi melihatkan masa semakin suntuk, Elsa dan Anna membuat keputusan untuk meneruskan penggembaraan mereka yang akhirnya akan membawa sebuah kisah yang cukup pahit untuk ditelan dan memerlukan pengorbanan yang besar dalam menyelamatkan kota dan penduduk Arendelle.

Jika hendak dibuat perbandingan plot diantara filem pertama dan kedua, saya lebih memilih filem pertama yang kaya dengan konflik, drama, percintaan dan plot twist serta babak-babak musikal yang bersesuaian. Frozen 2 dilihat terlampau memberi penekanan kepada babak-babak musikal sehinggakan mengurangkan rasa keterujaan untuk menyertai penggembaraan magis Elsa dan Anna.

Saya perasan, plot filem kali ini lebih memberi fokus kepada golongan dewasa, tetapi cara olahnya terlampau mudah dan membosankan. Lambakan babak musikal seperti yang dinyatakan diatas menjadi salah satu faktor yang menggangu penceritaan filem ini. Tambahan pula, Frozen 2 gagal mewujudkan babak klimaks yang mendebarkan, malahan twist yang cuba dipaparkan terlampau lemah dan permainan emosi yang tidak memberi sebarang kesan kepada penonton.

BACA:  London Has Fallen Review

Bagaimanapun, kebosanan jalan ceritanya sedikit diubati dengan watak komik Olaf yang seringkali menceriakan penonton.

Lagu-lagu dalam filem ini masih boleh dianggap sebagai menghiburkan, tetapi bagi saya ia tidak mungkin akan diingati seperti dalam filem pertama. Hanya satu dua lagu sahaja yang boleh membuatkan penonton teringat-ingat, selebihnya sekadar lalu bersebelahan halwa telinga sahaja. Selain itu juga, lagu-lagu dalam filem kali ini dilihat lebih ‘dewasa’ berbanding filem pertama yang menjurus kepada kanak-kanak. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, penonton cilik mungkin tidak teruja mendengar lagu-lagu dalam sekuel kali ini.

Dari segi watak, nampak perkembangan ketara dari filem pertama. Elsa dan Anna lebih dewasa dan matang dalam segala perbuatan serta apabila membuat keputusan, bersesuaian dengan tempoh masa tiga tahun diantara kedua-dua filem filem. Hanya Olaf sahaja yang tidak berubah karakternya, menghiburkan. Manakala beberapa watak baru kurang diberi penekanan, tetapi membantu dalam mengembangkan plot filem.

Meskipun Frozen 2 dibayangi filem pertama, ia masih mampu memberikan hiburan kepada penonton, terutamanya kepada para ibubapa yang teruja untuk menyaksikan filem ini bersama anak-anak. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, golongan dewasa sebenarnya lebih teruja berbanding kanak-kanak.

BACA:  Pok Ya Cong Codei Review

RATING KAKIMUVEE: 7.5/10

Tinggalkan Balasan

shares