Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Frontliner (2021)


AMARAN SPOILER!!!

Pada akhir 2019, dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak COVID-19 yang akhirnya sampai ke Malaysia pada awal 2020 dan telah menjurus kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan pada March 2020. Bersempena dengan keadaan ini sebuah syarikat penerbitan tanah air iaitu D Alpa Legacy dibawah arahan Razif Ajiboy Rashid telah menerbitkan sebuah filem berkisarkan anggota barisan hadapan negara dalam melawan penularan wabak COVID-19 ini.

Dibintangi oleh barisan pelakon handalan seperti Azhan Rani, Beto Kusyairy, Achey, Emma Maembong, Wan Maimunah dan Farah Ahmad. FRONTLINER ini menurut pihak produksi filem ini sendiri adalah berkisarkan tentang konflik dalaman yang berlaku dalam barisan anggota barisan hadapan melawan COVID-19. Anggota barisan hadapan yang terlibat tidak terhad kepada anggota kesihatan sahaja namun kepada semua skop tugasan termasuklah anggota keselamatan.

Secara ringkasnya kisah yang diketengahkan dalam filem FRONTLINER ini tidak terhad kepada satu kisah sahaja namun ia dicampur sekaligus dalam sebuah cerita dengan menggabungkan beberapa kisah persona yang berasingan dan tidak bercantum. Setiap daripada kisah yang diceritakan mempunya pengakhirannya yang tersendiri. Selain daripada konflik dan dilemma anggota yang terlibat, kesan PKP kepada golongan peniaga, remaja turut diperlihat dalam filem FRONTLINER ini.

Secara jujurnya saya menghormati karya yang dihasilkan oleh pihak produksi dan saya juga telah dimaklumkan akan kekangan serta cabaran dalam menghasilkan filem ini dan kerendahan hati pihak produksi yang mengaku bahawa filem ini kekurangan dari serba serbi aspek sehingga nama nama hebat yang berlakon dalam filem ini juga tidak mampu menutup keseluruhan cela yang ada. Namun ia telah siap dan telah dipertontonkan kepada umum di laman penstriman antarabangsa iaitu Netflix. Satu pencapaian yang cukup bagus. Akan tetapi tidak semua daripada penonton kisah akan apa yang berlaku di sebalik tabir sesebuah filem dan apa yang mereka inginkan hanyalah kepuasan menonton.


Sebagai juga salah seorang anggota barisan hadapan dan sepertimana yang para pembaca sedia maklum, barisan admin Kakimuvee sendiri mempunyai tiga orang anggota barisan hadapan. Secara keseluruhannya, saya mendapati filem ini terlampau kasar dari segi olahan konsepnya. Idea dan konsepnya sudah menarik akan tetapi dari segi olahan yang diberikan dan disampaikan begitu kasar sehingga kebanyakan daripada babak babak yang ada dalam filem ini dilihat begitu “exaggerating”.

Selain itu, terdapat juga babak yang dilihat agak kelakar seperti babak Farah Ahmad menghulurkan makanan kepada Beto daripada celahan “grill” rumah yang akhirnya grill itu dibuka secara terang terangan secara tidak langsung memperlihatkan tidakan menghulur makanan melalui celahan “grill” sebagai satu yang sia sia.

Penggunaan “voice over” berita English juga tidak dapat dilihat dimanakah signifikannya kepada filem yang berlatarbelakangkan Malaysia. Mungkin juga ada perkara perkara seperti royalti atau perkara belakang tabir yang tidak diketahui.

Secara keseluruhannya, filem FRONTLINER ini bukan sebuah naskhah yang terbaik untuk menggambarkan usaha dan situasi sebenar yang berlaku di Malaysia dalam usaha melawan penularan wabak COVID-19 namun segala usaha dan kerja yang diberikan oleh pihak produksi wajar diberikan sokongan.

Rating Kakimuvee

1/5


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

Review Filem: Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee