Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Free Guy (2021)

AMARAN SPOILER!!!

Ryan Reynolds sangat hebat dalam melakonkan adegan-adegan komedi, dan dalam masa yang sama, melakukan pelbagai adegan aksi. Bergandingan dengan pengarah Shawn Levy, yang terkenal dengan beberapa filem komedi seperti Cheaper by the Dozen dan siri filem Night at the Museum, Free Guy secara tidak langsung menjadi filem aksi komedi yang digemari peminat pada tahun ini.

Saya baru sahaja berpeluang menonton Free Guy di pawagam beberapa hari lepas, dan bukannya sekali, tetapi beberapa kali, dan masih… saya terhibur dengan setiap babak dalam filem lakonan Reynolds ini. 

Bagi ‘gamers’, “non-player character” (NPC) hanyalah sekadar watak untuk membuka kunci kepada misi baru atau menjadi mangsa belasahan, tetapi Guy – lakonan Reynolds – bukanlah tipikal NPC yang kita sering lihat dalam permainan video. Dia berevolusi, dia mampu berfikir sendiri, dan melakukan segala perbuatan diluar program yang dicipta manusia. Dalam Free Guy, anda akan melihat watak NPC iaitu Guy, melakukan ‘quest’nya sendiri, menaikkan ‘level’ karakternya sehingga menjadi sangat popular dikalangan ‘games’ di dunia realiti. 

Di dunia sebenar, ramai tertanya–tanya siapakan pemain yang memainkan watak yang kelihatan seperti NPC, bagi pembangun pemainan video pula, mereka melihat Guy sebagai salah satu karakter yang dimainkan oleh ‘hacker’ dalam permainan mereka, tetapi bagi Guy, dia hanya menyangka bahawa dia hidup dalam dunia yang sebenar, di kota Free City, tanpa mengentahui dia adalah salah satu watak NPC dalam dunia permainan video. 

Evolusinya bermula selepas dia bertemu Molotov Girl (Jodie Comer) yang menyanyikan lagu kegemarannya. Ternyata, pertemuan pertama dengan wanita itu telah mencetuskan sesuatu pada program Guy sehingga membuatkan dia boleh berfikir dan bertindak secara sendiri – berbeza dengan NPC yang lain. Ketika berlaku rompakan di sebuah bank, tempat Guy bekerja, dia melakukan sesuatu diluarkan tindakan NPC iaitu membelasah perompak tersebut dan merampas kaca matanya. Guy melihat sesuatu yang aneh melalui kaca mata tersebut, dimana dia boleh melihat paparan pemain (HUD). Bermula dari situlah, dia secara rahsia menjejaki Molotov Girl dan secara tidak langsung terlibat dalam penggembaraan yang cukup hebat di kota Free City. 

Tidak dinafikan, filem permainan video sangat sukar untuk dibuat, dan banyak senarai adaptasi telah menemui kegagalan, baik dari segi penerimaan peminat atau pengkritik mahupun di pentas box office. Bagaimanapun, ada juga filem yang sukses, itupun tidak begitu mengadaptasikan dari permainan video asal seperti Sonic The Hedgehog dan Pokemon Detective Pikachu, atau tidak berdasarkan dari permainan video tertentu seperti Wreck-It Ralph. 

Free Guy mengikut jejak filem yang sukses, mencipta kisah yang tersendiri dengan mengambil inspirasi dari permainan video popular. Tidak hairanlah filem ini masih memberikan jalan cerita yang segar walaupun kita dapat merasai ‘vibe’ permainan video seperti Grand Theft Auto dan SimCity. Inilah kejayaan barisan kreatif Free Guy, termasuklah pengarah Shawn Levy, yang membuatkan filem permainan video tidak terasa seperti filem permainan video. 

Walaupun mengetengahkan cerita yang asli dan konsep yang unik, Shawn Levy tetap memberikan penghormatan kepada budaya permainan video dan ‘gamers’ itu sendiri. Salah satu pekara menarik tentang filem ini adalah penggunaan senjata dari francais permainan video dan filem yang lain, seperti Lightsaber dari Star Wars, Gravity Gun dari Half-Life 2 dan yang paling menghiburkan, perisai Captain America. 

Ryan Raynolds menjadi tulang belakang kepada Free Guy, mencipta suasana humor yang menghiburkan penonton sepanjang perjalanan filem ini. Wataknya dalam filem ini diibaratkan seperti Deadpool, tetapi versi ‘nerd’, pekerja bank yang bersungguh-sungguh untuk menaikkan ‘level’ karakternya. Gandingannya Jodie Comer juga menghibur, tidak begitu menjurus kepada romantik, tetapi lebih kepada seorang lelaki ‘nerd’ yang cuba menunjukkan minat pada ‘crush’nya. Watak-watak sampingan tidak kurang hebatnya, Taika Waititi membawa watak ‘villain’ yang menjengkelkan, tetapi kelakar. 

Free Guy sedikit bermasalah pada bahagian ketiga filem yang kelihatan seperti tergesa-gesa untuk ditamatkan. Sudah tentu, kita boleh menjangkakan protagonis akan menang dalam perlumbaan menentang watak jahat, tetapi cara ia menuju ke penamat agak tipikal dan hampir sama dengan filem-filem permainan video yang lain. Terdapat juga beberapa adegan yang ‘cringe’, tetapi mujur ada satu-dua babak yang mengejutkan, terutamanya ketika kita melihat Guy mengeluarkan senjata-senjatanya untuk menentang klonnya yang berbadan sasa. 

Secara keseluruhannya, Free Guy adalah ‘popcorn’ yang sangat berbaloi untuk ditonton, terutamanya melihat lakonan lucu dari Ryan Reynolds. Dengan adegan yang penuh aksi, diadun pula dengan elemen-elemen komedi, penonton pasti merasa puas dan terhibur. Kepada ‘gamers’, filem ini harus dimasukkan dalam senarai tontonan anda kerana ia banyak memberi ‘easter egg’ dan memberikan penghormatan kepada dunia permainan video 

<strong>Rating Kakimuvee</strong>

3.5/5

Related posts

Review Filem: Venom: Let There Be Carnage (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Cursed: Dead Man’s Prey (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Bunty Aur Babli 2 (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Budak Kripto (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Annaatthe (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Dendam Kesuma (2021)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment