Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Ford v Ferrari

Biografi Drama Sukan, itulah tema yang diketengahkan dalam filem yang diarahkan oleh James Mangold selaku pengarah dan penerbit filem ini. Filem yang berdurasi sepanjang 2 Jam 32 minit ini juga mengisahkan tentang kisah sebenar yang pernah berlaku melibatkan syarikat pembuat kereta Ford dan Ferarri pada era 1960an.

Ford v Ferrari berkisarkan tentang syarikat pembuat kereta Ford yang mahu memecah dominasi Ferrari dalam perlumbaan “24 Hours of Le Mans” pada tahun 1966. Dalam usaha untuk memenangi perlumbaan tersebut, Syarikat Ford telah mengupah Carol Shelby dan Ken Miles untuk membangunkan sebuah pasukan kereta lumba yang mampu menyaingi Ferrari yang telah memenangi perlumbaan terbesar Le Mans pada tahun tahun sebelumnya.

Terdapat dua Karakter utama didalam filem ini iaitu Carol Shelby lakonan Matt Damon dan juga Ken Miles lakonan Christian Bale yang harus dipuji kerana penyampaian karakter mereka begitu baik dan berjaya menterjemahkan karakter yang diusulkan kepada mereka dengan sangat berkesan. Carol Shelby adalah seorang bekas pelumba yang terkenal dan Ken Miles seorang jurutera dan pemandu yang terbaik yang Amerika ada pada zaman itu. “Chemistry” diantara Matt Damon dan Christian Bale membuatkan filem ini berjaya diterjemahkan dengan sangat baik


.
Sebuah filem yang sedikit perlahan dipermulaan penceritaanya dimana perkembangan karakter-karakter dihasilkan dengan begitu teliti dan cermat dimana setiap karakter ada tingkah-lakunya yang tersendiri. Konflik diantara karakter, antara syarikat Ford dan Ferrari dan diantara ahli gabungan syarikat itu sendiri diketengahkan dalam filem ini membuatkan penonton akan dihidangkan dengan sesi dialog yang agak lama walaubagaimana pun ianya diperlukan untuk penyampaian jalan cerita lebih berkesan.

Visual yang diketengahkan dihasilkan dengan baik dimana kita diibaratkan sedang menonton filem lama dengan gred warna filem yang bersesuaian dengan garis waktu sejajar dengan sejarah yang berlaku. Tema 60an juga dihasilkan dengan baik dimana kenderaan, pakaian dan infrastructure juga dibangunkan dengan baik dan ini berjaya mendatangkan mood filem klasik daripada kalangan penonton itu sendiri.

Durasi filem yang agak lama sudah tentu mendatangkan drama yang sedikit membosankan, namun ianya tidak tidaklah pelik kerana filem ini perlu memaparkan drama kepada penonton dan dalam masa yang sama, harus menunjukkan konflik dan ketelitian dalam penyampaian cerita.

Jika anda seseorang yang mengharapkan aksi atau perlumbaan kereta disepanjang filem, saya boleh katakan anda tidak akan menyesal menontonnya terutamanya apabila Shelby dan Ken mula membina sebuah jentera yang berkuasa tinggi dan berjaya mengejutkan pesaing mereka. Perlumbaan berkuasa tinggi ini boleh dikatakan dihasilkan dengan begitu baik dah diperhalusi lagi dengan semangat dan kepakaran yang ditunjukkan oleh Ken dalam menghasilkan kereta yang diinginkannya.

Kesimpulannya, filem Ford v Ferrari berjaya menggambarkan sejarah perlumbaan kereta terhebat sepanjang zaman dan ini membuatkan kami ingin mengajak anda untuk menonton filem ini terutamanya kepada anda yang sukakan bidang dan sejarah dunia pemotoran diperingkat antarabangsa.

RATING KAKIMUVEE: 8.5/10

Related posts

Review Filem: John Wick: Chapter 4 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Imaginur (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Ant-Man and the Wasp: Quantumania (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Fabelmans (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Review: Ma, I Love You (2023)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment