Filem ini adalah sebuah filem biopik mengenai penggusti terkenal (pro-wrestler) WWE bernama Paige (Florence Pugh) , seterusnya bersama pelakon lain iaitu Ayah Paige, Ricky Knight dilakonkan oleh Nick Frost (Shaun of the Dead), ibunya “Sweet” Saraya dilakonkan oleh Lena Headey (Game of Thrones), dan adiknya Zak yang dilakonkan oleh Jack Lowden (Dunkirk). Filem ini menunjukkan perjalanan dia dan keluarganya dalam mengejar impian menjadi “Profesional Wrestler”. Filem ini adalah sebuah filem yang bukan sahaja untuk tontonan pencinta dunia gusti malahan boleh dijadikan inspirasi kepada seseorang yang mempunyai impian yang ingin dikecapi suatu hari nanti.
Paige membesar dengan keluarga yang sangat meminati dengan dunia wrestling, malahan ibu bapanya juga membangunkan organisasi World Assosiation of Wrestling aka WAW berdasarkan “Passion” mereka dalam dunia wrestling. Mereka berdua melatih anak mereka Paige dan Zak supaya dapat menjadi Profesional Wrestler pada masa akan datang. Dalam WAW juga mereka melatih anak anak muda yang berminat untuk menjadi seorang wrestler termasuklah seorang pemuda OKU (buta).
Akibat usaha tanpa henti Paige dan Zak, mereka berdua telah dijemput untuk menghadiri ujibakat untuk menjadi salah seorang ahli WWE malangnya perjalanan mereka tidak mudah seperti yang mereka fikirkan. Pelbagai halangan yang mereka berdua tempuhi dalam perjalanan hidup mereka sehinggalah mereka kecapi apa yang mereka mahukan selama ini. Seterusnya anda akan dapat liha perjalanan hidup Paige apabila diterima masuk ke dalam “team percubaan” WWE.
Fighting With My Family menunjukkan bahawa bukan senang untuk berjaya dan kita perlu melalui liku-liku dan halangan demi mengejar cita-cita kita. Apa yang menyeronokkan bila mana kita dapat lihat kerja belakang tabir dan bagaimana seorang professional dilahirkan di WWE. Suatu perkara lagi yang menyeronokkan didalam filem ini apabila beberapa professional wrestler WWE juga membuat cameo sepanjang filem ini seperti The Miz, Sheamus, Big Show, John Cena dan The Rock.
Secara keseluruhannya filem ini memaparkan liku-liku kehidupan seorang Pro-Wrestler dalam mengejar impian untuk menyertai WWE serta menjadi Profesional Wrestler dan ianya berjaya menghiburkan penonton dengan drama kekeluargaan yang terkandung dalam filem ini. Filem Fighting With My Family ini diarahkan oleh Stephen Merchant dan “producer”nye oleh Dwayne Johnson itu sendiri.
Rating Kakimuvee: 7/10