Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Eternals (2021)

Eternals terlampau bercita-cita tinggi sehingga gagal menjadi pengenalan yang sempurna buat pahlawan abadi MCU

AMARAN SPOILER!!!

Sejak beberapa minggu ini, filem terbaru Marvel Studios Eternals telah dilenyek teruk oleh pengkritik filem antarabangsa. Sehinggakini, Eternals hanya mendapat peratusan rating 53% peratus di Rotten Tomatoes, sekaligus menjadi filem Marvel Cinematic Universe pertama yang diberikan status ‘Rotten.’ Seperti anda semua, saya juga antara peminat MCU yang sangat menanti-nantikan filem Eternals, dan saya juga tertanya-tanya kenapa para pengkritik tidak begitu suka dengan filem arahan pengarah pemenang Oscar Chloé Zhao …. sehinggalah saya menontonnya dengan mata saya sendiri. 

Selepas memperkenalkan Shang-Chi, Marvel Studios membawa masuk pahlawan abadi Eternals dalam dunia sinematik mereka. Tetapi, cara pengenalan mereka sedikit berbeza berbanding superhero Avengers dimana beberapa filem ‘solo’ telah dihasilkan terlebih dahulu sebelum mereka dihimpunkan dalam satu filem ‘crossover’ (kecuali Black Widow yang mendapat filem solo selepas Endgame dan Clint Barton yang mendapat siri televisyennya sendiri, yang akan ditayangkan pada November ini). 

Dalam Eternals, terdapat 10 superhero baru telah diperkenalkan Marvel Studios – bilangan yang cukup banyak untuk satu filem. Mungkin ada yang kata, bilangan superhero yang banyak akan menganggu ‘screentime’ setiap karakter. Pendapat saya, bilangan karakter dalam satu filem bukanlah masalah utama – Guardians of the Galaxy, dan The Suicide Squad adalah contoh filem superhero yang menampilkan banyak watak, dan masih lagi menjadi kegemaran peminat dan pengkritik. Masalah ketara bagi Eternals adalah jalan ceritanya sendiri.

Durasi 2 jam 37 minit (versi pawagam Malaysia lebih pendek kerana terdapat beberapa tapisan babak) adalah satu tempoh yang cukup panjang buat sesebuah filem, dan walaupun berdurasi panjang, Eternals gagal memberikan pengenalan yang teratur buat pahlawan abadi ini. Secara jujurnya, saya sangat teruja dengan ‘premise’ filem ini, tetapi dalam masa yang sama agak keliru dengan cara Chloé Zhao mengembangkan jalan ceritanya. Eternals sebenarnya tersangkut ditengah-tengah kisah romantis Sersi dan Ikaris, dan pengenalan pahlawan-pahlawan abadi yang lain.

Kisah romantis diantara Sersi dan Ikaris tidak dikembangkan sepenuhnya dan gagal membuatkan penonton merasai hubungan romantik mereka. Dikala kisah Sersi-Ikaris seperti ‘telur setengah masak’, Zhao memasukkan pula adegan-adegan ‘flashback’, yang bertujuan untuk mengembangkan watak-watak lain. Saya merasakan adegan ‘flashback’ kurang membantu dalam perkembangan karakter dan seolah-olah dibuat ‘asal ada’ demi menjustifikasikan ‘reunion’ mereka untuk menyelamatkan Bumi. Dari segi idea dan visi, Zhao benar-benar mahu memperkenalkan Eternals kepada penonton dan dalam masa yang sama, mencuba nada baru dalam MCU – filem romatik superhero – tetapi mediumnya kurang suai. Mungkin siri televisyen Eternals menjadi platform yang tepat untuk memperkenalkan superhero baru ini kepada penonton.

Disebalik plotnya ‘kurang masak’, Eternals mengekalkan tipikal filem-filem MCU, baik dari segi pemilihan pelakon, komedi, aksi dan kualiti visualnya. Gemma Chan kelihatan sangat sesuai sebagai Sersi berbanding Minn-Erva dalam Captain Marvel. Angelina Jolie yang memainkan watak sebagai Thena kelihatan seperti pelakon pembantu, tetapi berdasarkan pada babak ‘mid-credit,’ saya rasakan dia bakal menjadi ketua kepada Eternals dalam filem akan datang.

Setiap karakter dalam filem ini memiliki abiliti dan personaliti yang unik – Don Lee sebagai Gilgamesh yang sasa tapi baik hati, Kumail Nanjiani memberikan ‘comic relief’ menerusi wataknya sebagai bintang filem Kingo, Barry Keoghan walaupun jarang muncul, wataknya sebagai ‘bad boy’ Druig mencuri perhatian – Ini antara salah satu pekara yang bagus tentang Eternals, kita dapat melihat kepelbagaian karakter dan kebolehan unik mereka. Cuma saya tidak bersetuju dengan watak LGBTQ Phastos lakonan Brian Tyree Henry dan adegan seksual (mujur dipotong) dalam filem ini – ia tidak relevan untuk dimasukkan dalam filem-filem adaptasi komik superhero, terutamanya filem yang diklasfikasikan sebagai PG-13. 

Salah satu pekara yang membuatkan saya tertarik adalah ‘detailing’ mengenai Eternals yang tidak terlibat dalam konflik yang dipaparkan dalam filem-filem sebelumnya. Zhao menutup ‘plot hole’ ini dengan sebab yang jelas dimana mereka tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan manusia. Selain itu juga, terdapat rujukan Avengers, Doctor Strange dan Thanos – menunjukkan mereka mengikuti rapat perkembangan umat manusia. Ini secara tidak langsung memberi sebab kenapa pahlawan-pahlawan ini berubah hati kepada penduduk Bumi. 

Secara jujurnya, saya ‘enjoy’ menonton filem ini walaupun penceritaanya agak mengelirukan. Saya hanya menganggap filem ini lebih kepada pengenalan bangsa Eternals berbanding karakter-karakternya sendiri dan ingin melihat ‘setting’ yang direncanakan Marvel Studios dalam membawa penonton melihat peristiwa yang lebih besar. Buktinya, penamat filem ini akan membuatkan anda kembali teruja selepas dikecewakan dengan kegagalan Zhao dalam memperkenalkan pahlawan Eternals secara sempurna kepada penonton. 

<strong>Rating Kakimuvee</strong>

3/5

Related posts

Review Filem: Venom: Let There Be Carnage (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Cursed: Dead Man’s Prey (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Bunty Aur Babli 2 (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Budak Kripto (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Annaatthe (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Dendam Kesuma (2021)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment