Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Escape Room 2019


REVIEW FILEM : ESCAPE ROOM 2019

AMARAN SPOILER.

Mengisahkan tentang sekumpulan individu yang pada mulanya menjalani hidup mereka seperti biasa dalam menempuhi hari hari mendatang. Kehidupan mereka mula berubah apabila menerima satu kotak berwarna hitam yang datangnya daripada orang menyayangi mereka. Kotak tersebut merupakan sebuah kotak teka teki yang mana di dalamnya tersembunyi sekeping tiket ke sebuah bangunan permainan realiti yang terhebat pernah wujud.

Permainan mereka bermula sebaik sahaja kesemua daripada mereka berkumpul di dalam bilik menunggu. Mereka masing masing terdiri daripada bidang kepakaran yang berlainan yang mana boleh menjadikan itu sebagai kekuatan dan kelemahan kumpulan tersebut.

Bilik demi bilik, ruangan demi ruangan berjaya mereka tempuhi walaupun terpaksa berhadapan dengan ketakutan mereka yang paling dalam. Kematian juga tidak lupa untuk mengikuti diri mereka kerana dalam beberapa situasi, nyawa ahli kumpulan tersebut terkorban dan juga terpaksa dikorbankan.


Mampukah mereka untuk menyelesaikan kesemua teka teki yang diberikan? Jawapannya ada di pawagam berhampiran anda sekarang ini.

Satu lagi karya berkaitan thriller seram yang berkonsepkan bilik teka teki serta rancangan realiti dan kali ini terbitan Sony Pictures iaitu nama yang tidak asing lagi bagi peminat filem seram. Namun seperti mana yang telah pun dinyatakan dalam beberapa siri review filem yang lepas, setakat ini hanya filem dibawah Stage 6 Production sahaja yang mampu memberikan hasil terbaik yang mana juga merupakan anak syarikat Sony Pictures.

Filem Escape Room pada kali ini dilihat tidak mampu untuk lari dari tipikal konsep filem ini sendiri yang mana telah banyak digunakan oleh filem filem sebelumnya, namun usaha pihak produksi menonjolkan beberapa plot twist pada kali ini wajar dipuji. Akan tetapi, ia masih belum mampu menutup “defect” yang ada pada jalan cerita filem ini yang boleh disifatkan sebagai mendatar.

Keunikannya boleh diberikan perhatian kerana ia bermain dengan teka teki minda yang mana turut menjebakkan penonton berfikir bersama sama watak di dalam filem. Namun feel yang disampaikan melalui filem ini dilihat agak mendatar yang mana tidak akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton selepas menontonnya.

Walaupun diklasifikasikan sebagai filem 18+, namun tiada babak babak ganas yang melampau seperti mana yang ada dalam filem sebaris dalam kategorinya seperti SAW. Kepada mereka yang mungkin meminati filem bercorakkan teka teki seperti ini bolehlah ke pawagam terdekat dan menontonnya.


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee