Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem Escape Plan: The Extractors

Filem pertama Escape Plan memang menarik. Diperangkap, dipenjara dan melarikan diri dari penjara yang berada ditengah laut telah membuatkan filem pertama francais Escape Plan diingati para pengemar filem bertemakan penjara.

Bagaimanapun, sekuel Escape Plan: Hades pula boleh dicop sebagai malapetaka, ‘lazy writing’ bak kata Wade Wilson a.k.a Deadpool. Tetapi Slyvester Stallone, tak kisahpun filem kedua Escape Plan itu gagal, dan kembali menerusi filem Escape Plan: The Extractors – satu lagi filem yang menambah koleksi filem paling teruk lakonannya.

Tidak seperti dua filem terdahulu, Escape Plan: The Extractors ini lebih kepada misi menyelamat tebusan disebuah penjara yang paling merbahaya dan mengelirukan, sesuai dengan tajuk file ini, ‘The Extractors’. Filem ini bermula apabila Daya Zhang (Malese Jow) diculik oleh sekumpulan individu yang mahu membalas dendam terhadap Ray Breslin (Slyvester Stallone) dan menuntut tebusan dari ayah Daya, Wu Zhang (Russel Wong). Dalam masa yang sama, ‘love interest’ Breslin, Abigail Ross (Jaime King) turut diculik oleh kumpulan terbabit.

Tebusan tersebut telah dibawa ke sebuah penjara lama yang terletak di timur Eropah. Breslin dengan bantuan kekasih Daya, Sheng Lo (Max Zhang), Trent DeRosa (Dave Bautista) dan Bao Yung (Harry Shum) telah merencana satu misi untuk menyelamatkan tebusan-tebusan terbabit.

Seperti Escape Plan: Hades, filem kali ini menampilkan jalan cerita yang dibikin secara malas dan bosan hingga ketahap yang paling maksimum. Walaupun filem ini berdurasi satu jam 37 minit, terasa seperti menonton filem ini selama tiga hari dua malam. Itu belum ditambah dengan lakonan tahap kayu balak, mungkin filem ini sesuai untuk ditonton kucing.

Diawal filem The Extractors, Trent DeRosa menggambarkan penjara The Devil’s Station sebagai penjara yang merbahaya dan mengelirukan, tetapi apabila sampai pada babak aksi menyelamatkan tebusa, nyata kata-kata DeRosa ‘kencing’ sekali. Aksi tembak-tembak boleh dilihat beberapa kali sahaja, itupun habis semua ‘dikerjakan’ oleh DeRosa dengan beberapa tembakan dari senjata Shotgun.

Aksi bertumbuk satu lawan satu juga tidak menarik walaupun filem ini turut dibintangi bekas altet Wushu, Max Zhang. Mungkin kerana babak bertumbuk dirakam dengan satu sudut kamera sahaja, jika ia dirakam dari lebih dari satu sudut kamera, babak bertumbuk yang melibatkan Zhang mungkin akan menjadi lebih menarik.

Secara keseluruhan, Escape Plan: The Extractors tidak mampu untuk mencapai tahap filem pertama Escape Plan. Sepatutnya siri ini telah ditamatkan sejak filem kedua gagal. Tetapi saya tidak tahu apa motivasi mereka untuk menghasilkan satu lagi filem Escape Plan yang teruk. Jika mereka masih merancang untuk meneruskan francais ini, diharapkan mereka menghasilkan filem seterusnya dengan lebih serius sepertimana filem pertama.

Rating Kakimuvee: 3/10

Related posts

Review Filem: Doctor (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Dune (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Dark Spell (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Chinese Doctors (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Frontliner (2021)

Ahmad Fariszuan

Review: Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021)

Kakimuvee

Leave a Comment