Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Dua Garis Biru (2019)


AMARAN SPOILER!!!

Sebuah filem cinta remaja dari Indonesia yang mula menemui peminatnya sekitar Oktober yang lalu. Mengisahkan tentang percintaan sepasang kekasih yang mencintai antara satu sama lain semenjak zaman sekolah. Akan tetapi pada suatu hari, mereka telah terlanjur dalam hubungan masing masing dan mereka telah dikecam hebat oleh keluarga dari belah perempuan. Keluarga belah lelaki pula hanya memujuk supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.

Setelah perkara tersebut tersebar luas di Kawasan kejiranan dan Kawasan sekolah, mereka akhirnya menjalani kehidupan mereka seperti biasa dan akhirnya dikahwinkan antara mereka berdua bagi menutup ruang fitnah yang telah dicipta oleh mereka berdua dan mereka berdua meneruskan kehidupan mereka sambal menanti dugaan apakah lagi yang bakal mereka berhadapan.

Tajuk “Dua Garis Biru” ini diambil daripada satu babak yang mana si lelaki menyangka sekiranya anak yang dikandungkan oleh seseorang itu adalah anak lelaki, maka garisan yang keluar di “pregnancy test” adalah dua garisan biru dan bukannya dua garisan merah jambu seperti biasa.

Filem ini dilihat disusun agak baik dari segi “plotting”nya sendiri, simbolisasi kepada babak babak yang berlaku, yang belum berlaku dan telah berlaku juga amat menarik minat penonton dan penulis dan “detailing” dalam bab ini dilihat dirancangan begitu baik oleh pihak produksi.

Akan tetapi, konflik yang dihidangkan begitu awal dalam penceritaan filem dilihat menjadikan perjalanan jalan cerita filem ini sendiri agak meleret – leret dan hilang arah tuju pada babak babak akhirnya. Sekiranya pihak produksi melengahkan sedikit lagi masa untuk memberikan ruang kepada perkembangan watak dan jalan cerita sebelum meledakkan konflik sudah tentu ianya mungkin dapat menjadikan filem ini sebuah filem yang teratur ditambah dengan aspek aspek yang yang disebutkan pada awal tadi yang sudah berada pada kedudukannya yang baik.


Jadinya kepada anda semua yang meminati genre seperti ini bolehlah meluangkan masa menonton filem ini yang mungkin pada sesetangah orang merupakan sebuah filem yang baik dan penuh dengan nilai romantik dan nilai percintaan antara dua remaja.

RATING KAKIMUVEE : 7/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee