Review Filem: Dora And The Lost City Of Gold

648
views

AMARAN SPOILER!!

Dora and the Lost City of gold adalah sebuah filem yang menghiburkan dan sesuai untuk ditonton bersama keluarga terutamanya ibu bapa yang ingin membawa anak anak mereka menonton character kesayangan mereka.

Seperti yang umum tahu filem Dora the explorer adalah berdasarkan satu rancangan kartun yang selalu dimainkan dikaca tv sejak bertahun lamanya dan kekal menghiburkan segenap lapisan umur dengan jalan cerita yang menarik dan menghiburkan sehingga kini. Siapa sahaja yang tidak kenal Dora, Boots dan Swiper ? Sebut sahaja Dora pasti semua orang akan teringatkan tentang seorang gadis berjambul berbaju unggu dan selalu bersama monyet kesayangannya.

Permulaan filem ini sangat menarik apabila lagu tema Dora The Explorer dimainkan bersama Dora yang masih kecil sedang bermain bersama sepupunya Diego. Permulaan yang menarik yang mampu mengamit memori lama penonton dan mungkin akan membuatkan penonton ikut sama menyanyi lagu tema tersebut.

Pengenalan terhadap setiap karakter utama iaitu Dora yang dilakonkan oleh Isabela Moner (terkenal dengan filem Transformers The Last Night dan Instant Family), Diego lakonan Jeff Walhberg, ayah Dora lakonan Michael Pena (terkenal dalam filem Ant-Man) bersama ibunya Eva Longoria didalam sebuah hutan dan tak lupa juga Boots, seekor monyet liar kesayangan Dora.

Perkembangan cerita juga bermula apabila Dora terpaksa berpisah dengan ibu bapanya yang mempunyai misi mencari bandar yang dipenuhi dengan emas bernama Parapata. Dora terpaksa berpindah ke bandar untuk tinggal bersama keluarga sepupunya, Diego. Disini Dora mula berkenalan dengan kawan kawan disekolah barunya itu. Walaupun sedikit kekok dikelilingi orang yang ramai, Dora cuba untuk kekal menjadi dirinya malangnya dia sering dimalukan teman sekolahnya akibat kepelikannya.

Sampai satu masa ibu bapa Dora tidak lagi menghubungi Dora dan ini membuatkannya risau dan ingin pergi mencari mereka. Disini bermulanya pengembaraan Dora bersama Diego dan rakan yang lain untuk mencari ibu bapa Dora. Dia juga mempunyai halangan dimana sekumpulan harta karun juga sedang mencari Parapata tersebut dan sering menghalang Dora untuk menjejaki ibu bapanya. Kumpulan ini juga mempunyai haiwan belaan mereka dan tidak bukan lagi watak yang sangat terkenal didalam rancangan Dora The Explorer iaitu Swiper si musang pencuri.

Seperti filem filem bergenre umum yang lain, jalan cerita yang diketengahkan dalam filem ini juga boleh dikatakan agak ringkas dan mungkin boleh dijangka oleh penonton namun masih dapat menghiburkan dengan gelagat karakter karater terdapat didalam filem ini. Pengembaraan yang dilalui Dora dan rakan rakannya membuatkan hubungan mereka semakin rapat.

 

Terdapat sedikit kecacatan didalam file mini bilamana salah seorang rakan Dora yang bernama Sammy agak kaku dan lakonannya agak “Cringe” sedikit bila mana kelihatan terlalu ketara yang dia terlalu try hard untuk menonjolkan diri dalam filem ini. “Punchline” dan humor yang diselitkan dalam filem ini juga agak ringkas dan terdapat beberapa adegan yang berpotensi untuk dikembangakan dengan baik malangnya ianya terhenti disitu sahaja.

Animasi grafik didalam filem ini agak “kekartunan” sedikit bila mana haiwan haiwan didalam filem ini termasuk Swiper dan Boots kelihatan terlalu “grafik” dan tidak “blend” dengan karakter lain. Walaubagaimanapun kehadiran Swiper dan Boots dapat menghidupkan pengembaraan mereka berlima yang sedikit mendatar dipertengahan filem.

Penutup filem ini dilihat sedikit “rushing” untuk menghabiskan filem tersebut bila mana secara tiba tiba semua bencana yang berlaku telah selesai dan wujudnya karakter baru yang tidak dihuraikan atau dikembangkan kewujudan mereka. Mungkin bajet sudah habis atau dateline sudah dekat siapa tahu.

Secara keseluruhannya filem Dora The Explorer and The Lost City Of Gold ini adakah sebuah filem yang menghiburkan dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan umur. Filem yang dapat mengembalikan kenangan penonton yang menontonnya.

“Swiper no Swiping! Oh mannnn”

Rating Kakimuvee: 7/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here