Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Don’t Breathe 2 (2021)

Saya masih ingat lagi menonton filem pertama Don’t Breathe dipawagam. Ternyata, filem tersebut benar-benar menepati judulnya, ‘jangan bernafas’, kerana ia berjaya membuatkan saya dan penonton lain, menahan nafas dek kerana ceritanya yang debaran. Namun, apabila mereka mengumumkan sambungan, saya dapat merasakan filem sekuelnya mungkin tidak akan sehebat filem pertama. Apapun saya cuba untuk merendahkan sedikit jangkaan.

Don’t Breathe 2 telah ditayangkan di AS pada Ogos yang lalu, dan baru sahaja memasuki pasaran Malaysia pada minggu ini selepas kerajaan membenarkan sektor pawagam kembali beroperasi. Saya meletakkan filem sekuel ini dalam senarai ‘harus tonton secepat mungkin’ kerana saya sangat meminati filem pertama, tambahan pula, trelernya sangat menyakinkan serta kelihatan agak ‘gore’ berbanding cerita sebelumnya. 

Plot kali ditetapkan beberapa tahun selepas peristiwa filem pertama dimana ‘The Blind Man’ (lakonan Stephen Lang) telah mengambil seorang budak perempuan dan dijadikan anak angkat. Sebagai seorang yang telah kehilangan anak perempuan, The Blind Man telah menjaga kanak-kanak tersebut seperti anaknya sendirinya, dan merahsiakan masa lalu kanak-kanak itu. Namun, apa yang dia tidak tahu, terdapat sekumpulan individu yang memerhatikan anaknya dan mereka merancang untuk menceroboh rumahnya serta menculik satu-satunya orang yang dia sayang. 

Filem kali ini benar-benar mengabaikan elemen debaran yang telah mengangkat filem pertama. Dari pencerobohan bermula sehingglah ke penghujung, tiada satupun adegan yang menetapi judulnya. Selain daripada babak-babak mangsa dibunuh kejam, produk kali ini benar-benar membosankan, tiada satupun adegan yang berjaya membuatkan saya menahan nafas (saya tidak tahu kamu bagaimana), apatah lagi merasai debaran ketika penceroboh di buru ‘The Blind Man.’ 

Amaran Spoiler!!!

Apa yang bagusnya tentang filem pertama adalah penceritaanya yang memiliki ‘twist’ dan membuatkan penonton berdebat tentang siapakah penjahat yang sebenar. Cerita kali ini lebih ‘straight-foward’, dan jelas menunjukkan ‘The Blind Man’ adalah hero yang cuba menyelamatkan ‘anaknya’ dari kartel dadah. Kedengaran plotnya seperti pernah dengar bukan? Saya bagi contoh, Rambo pergi ke Mexico untuk menyelamatkan anak saudaranya dari kartel dadah. Dalam Don’t Breathe 2, The Blind Man adalah Rambo tua yang buta yang menggunakan seekor anjing milik orang jahat untuk membawanya terus ke suis utama sebuah bangunan terbiar yang menjadi markas kartel dadah. 

Disaat penceroboh berjaya menculik ‘anaknya’, penceritaan filem menjadi sangat longgar dan menjurus kepada klise. Banyak yang boleh dipertikaikan, seperti kemampuan ‘The Blind Man’ berlawan di tempat yang begitu asing baginya, iaitu markas penjahat. Filem pertama sangat kuat kerana The Blind Man berlawan di tempatnya sendiri dan dia mempunyai banyak kelebihan walaupun buta. Tetapi, filem kali ini, watak utama langsung tidak mempunyai kelebihan ditempat sendiri, tetapi secara tiba-tiba menjadi sangat ”over-powered’ di tempat musuh. 

Jelas sekali, keputusan pembikin filem membawa keluar ‘The Blind Man’ dari rumahnya telah merosakkan identiti filem ini, termasuklah ‘The Blind Man’ sendiri. Tunjang kekuatan Don’t Breathe adalah menukar pemangsa menjadi mangsa, bermaksud penceroboh menjadi ketakutan akibat diburu watak utama, dikawasan yang dikuasai watak utama. 

Walaupun filem ini bermasalah dari segi penceritaan dan elemen debaran itu sendiri, pembikin filem telah memberikan perubahan ketara kepada perwatakan ‘The Blind Man’. Dia berubah menjadi ‘father-figure’ yang sangat menyayangi anaknya berbanding ibubapa yang sebenar serta menunjukkan sifat kasih-sayangnya pada haiwan. Bagaimanapun, perwatakkan kejamnya masih dikekalkan dan anda pasti akan merasa loya melihat dia ‘menghabiskan’ mangsa-mangsa. Secara keseluruhannya, saya sangat teruja melihat lakonan Stephen Lang yang benar-benar membantu dalam cuba meletakkan filem ini dilandasan yang sebenar. 

Don’t Breathe 2 kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan. 

<strong>Rating Kakimuvee</strong>

2.5/5

Related posts

Review Filem: Venom: Let There Be Carnage (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Cursed: Dead Man’s Prey (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Bunty Aur Babli 2 (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Budak Kripto (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Annaatthe (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Dendam Kesuma (2021)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment