Review

Review Filem: Dolittle (2020)

Views

AMARAN SPOILER!!!

“Setelah selesai menyelamat dunia… Dia bersara menjadi Doktor Haiwan.”

Begitulah kata – kata yang banyak diungkapkan oleh peminat Robert Downey Jr ketika menonton trailer filem ini. Sebuah filem yang bercorakkan fantasi menemui peminatnya pada Januari 2020 yang berkisahkan tentang seorang doktor haiwan yang mempunyai kebolehan luar biasa iaitu bercakap dan memahami bahasa binatang. “Prelude” kepada filem ini diceritakan dalam bentuk animasi yang mana dilihat sedikit mengejutkan para penonton kasual yang tidak biasa dengan watak Dr Dolittle ini.

Isu yang ditimbulkan dalam filem ini pada kali ini adalah Ratu di negara mereka telah jatuh sakit dan Tuan Puteri negara tersebut telah pergi berjumpa dengan Dr Dolittle ini sendiri bagi merawat baginda Ratu tersebut dan untuk menyembuhkan Ratu itu, mereka harus mencari sejenis herba yang sangat jarang ditemui di kawasan mereka.

Filem ini pada kali ini dilihat sedikit kasar pada jalan ceritanya dan boleh dikatakan agak laju dari segi “pacing”nya sendiri. Hampir separuh daripada watak watak ada dalam filem ini sendiri diperkenalkan melalui prelude animasi yang diberikan dan oleh kerana terlalu banyak watak yang ada, keseimbangan antara watak dan jalan cerita dalam filem ini sedikit lari kerana setiap watak ada sahaja penceritaan yang ingin disampaikan dan dengan pacing yang cepat sudah tentu ada yang akan menjadi pincang.

Filem ini pada dasarnya boleh dikatakan sebagai sebuah filem “popcorn” yang mana boleh ditonton sebagai hiburan tanpa perlu memikirkan apa yang hendak disampaikan dalam filem ini kerana semuanya diceritakan secara straight to the point dan juga lawak lawak yang digunakan juga mudah difahami dan tidak terlalu “mencuba” untuk membuatkan penonton tergelak.

BACA:  Review Filem: Perempuan Tanah Jahanam (2019)

Akan tetapi, begitulah hakikatnya iaitu walaupun filem ini dibintangi oleh barisan pelakon yang terkenal seperti Robert Downey Jr, Tom Holland, Selena Gomez, John Cena, Octavia Spencer dan Rami Malek namun ia masih tidak mampu menyinar dengan baik kerana end product yang diberikan hanya berada pada skala biasa biasa sahaja.

Rating Kakimuvee: 7/10

Review overview

RATING KAKIMUVEE7

VERDICT

7Walaupun dibarisi pelakon ternama khususnya Robert Downey Jr., Dolittle tetap gagal menyerlah dimata penonton

Tinggalkan Balasan

shares