Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Doctor (2021)

Pembukaan pawagam di Malaysia dimeriahkan lagi dengan pelbagai tayangan filem seantero dunia. Tidak terkecuali filem Tamil turut ditayangkan di Malaysia pada kali ini.

Berkonsepkan “dark comedy” dan jenayah misteri, filem Doctor mula ditayangkan di Malaysia pada awal Oktober yang lalu. Diarahkan oleh Nelson Dilipkumar dan dibintangi oleh Sivakarthikeyan; Vinay Rai; Priyanka Arul Mohan; Archana Chandhoke; Yogi Babu; Milind Soman. Berbekalkan bajet hampir RM14juta, filem Doctor ini telah berjaya mencapai box office dalam masa 7 hari dengan kutipan hampir RM28juta.

Filem ini membawa satu konsep berkenaan isu penculikan kanak kanak dan remaja serta isu pemerdagangan manusia yang mungkin sekarang ini masih aktif namun masih tidak berdaya diuruskan oleh beberapa pihak berwajib di beberapa buah negara.

Kisah bermula dengan kehilangan seorang remaja yang merupakan anak kepada keluarga bekas tunang kepada watak utama yang ada di dalam filem ini. Kehilangan remaja ini telah diklasifikasikan sebagai kes penculikan setelah dilaporkan kepada pihak polis.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan kualiti penyiasatan yang dijalankan oleh pihak polis, keluarga mangsa dengan bantuan Doctor itu tadi telah merangka satu pelan dalam usaha untuk mengembalikan ahli keluarga mereka yang diculik itu tadi.

Penceritaan kisah filem ini diceritakan dengan bermula sedikit babak imbas kembali pekerjaan asal Doctor tersebut. Babak lagu membuka kisah utama filem ini dan diteruskan dengan permulaan konflik. Dengan durasi melebihi 150 minit, perjalanan cerita yang menarik dan diselangi dengan lawak lawak yang agak “gelap” semestinya menghiburkan para penonton yang menonton filem ini.

Ternyata pihak produksi dilihat berjaya menyulamkan unsur saspen dan juga jenaka yang ada dalam filem ini. Pre intermission filem ini disajikan dengan plot penculikan dan usaha menjejak penculik manakala post intermission pula penonton disajikan dengan usaha membebaskan mangsa penculikan dari cengkaman penjenayah utama.

Secara keseluruhannya, filem ini sangat bagus untuk ditonton sekiranya ada di antara kalangan penonton yang menginginkan satu tontonan yang kelakar dan dalam pada masa yang sama mengandungi unsur saspen.

<strong>Rating Kakimuvee</strong>

4/5

Related posts

Review Filem: Venom: Let There Be Carnage (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Cursed: Dead Man’s Prey (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Bunty Aur Babli 2 (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Budak Kripto (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Annaatthe (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Dendam Kesuma (2021)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment