Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Devil (2010)

Sejak menonton filem The Sixth Sense, saya terus mengikuti filem-filem M. Night Shyamalan. Sudah tentu, filem live action The Last Airbender arahannya juga saya pernah tonton, dan saya akui filem tersebut merupakan antara adaptasi animasi paling teruk. 

Saya sebenarnya menyukai filem-filem supernatural Shyamalan kerana dia memberikan bentuk cerita menarik serta twist tidak dijangka di penghujung filem. Seperti filem Devil arahan John Erick Dowdle ini, walaupun Shyamalam bertindak sebagai penulis cerita dan penerbit, ia tetap memberi satu ‘mood’ supernatural ala Shyamalam kepada penonton. 

Devil merupakan sebuah filem supernatural seram yang ditayangkan pada 2010. Ia mengisahkan tentang lima individu yang terperangkap dalam sebuah lif, dimana berlaku kejadian-kejadian pelik sehingga mereka mula menyedari bahawa terdapat syaitan yang bersembunyi dalam salah seorang daripada mereka. 

Dari segi mood filem, Devil berjaya membina suasana yang menakutkan, serta menyampaikan elemen supernatural kepada penonton. Dalam masa yang sama, ia juga berjaya membangkitkan perasaan ingin tahu penonton tentang siapakah individu yang menjadi topeng kepada syaitan.

Tumpuan cerita pada mangsa yang terperangkap dalam lif menjadi faktor kenapa filem ini berjaya membangkitkan perasaan seram kepada penonton. Watak-watak ini tidak tempat untuk melarikan diri dari buruan syaitan, sebaliknya mereka terpaksa bertahan didalam lif, menunggu masa untuk menerima hukuman dari syaitan. 

Bagaimapun, penonton mungkin tidak merasa puas untuk menonton filem ini dek kerana durasi tayangannya yang pendek. Secara jujurnya, ‘build-up’ filem ini sangat baik, begitu juga dengan suasananya. Cuma, apabila kita sedang fokus pada ceritanya, dan secara tiba-tiba terus dibawa ke penghujung filem, agak mengecewakan. Jika durasinya dipanjangkan sedikit, saya yakin ceritanya akan lagi menarik begitu juga dengan ‘twist’nya. 

Jika anda meminati filem-filem bertema supernatural seram, Devil boleh dimasukkan dalam senarai tontonan anda. Abaikan pada jalan ceritanya yang pendek, tetapi nikmatilah persembahan dan suasana supernatural yang dipaparkan dalam filem ini.

Devil boleh ditonton diplaftom streaming Netflix

Rating Kakimuvee

3/5

Related posts

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee

Review Filem: The Promised Neverland (2021)

Hasib Anwar

Review Filem: The Box (2021)

Hasib Anwar

Review Filem: Hi, Mom (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Minari (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Mortal Kombat (2021)

Kakimuvee