Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba The Movie: Mugen Train (2020)

Tidak perlu disebut lagi peminat anime semestinya familiar dengan tajuk “Kimetsu No Yaiba atau Demon Slayer“! Kejayaan series pertamanya membawa anime ini mendapat kesinambungan seterusnya melalui filem “Demon Slayer (Kimetsu No Yaiba) Mugen Train”.

Filem ini telah berjaya memungut hasil pendapatan sebanyak US$313,9 juta di Jepun dalam masa 3 bulan dan berhasil menjadi filem paling terlaris sepanjang masa. Dalam masa 59 hari sahaja filem ini menjadi RAJA BOX OFFICE sekaligus mengalahkan filem Spirited Away dari Studio Ghibli.

Hadirnya fans screening oleh GSC filem Demon Slayer Mugen Train di Malaysia mejadi keberanian pada para peminat untuk mengunjungi pawagam di kala pandemik, dengan mengikut SOP ketat yang disediakan. Lebih teruja lagi tiket berharga RM150 ini laku keras dan telah habis dijual untuk 2 hari tersebut di beberapa lokasi.

Kepada yang mengikuti series ini pasti tahu di penghujung episode 26 ( episode terakhir ) series pertama kita melihat Tanjiro, Inosuke dan Zenitsu yang telah sembuh dari luka serta berjaya melepasi latihan mereka mendapat misi terbaru untuk bertemu dengan seorang Hashira api Kyojuro Rengoku yang disegani para Demon Slayer dan iblis.

Tetapi dalam perjalanan tersebut mereka telah hilang memasuki alam mimpi. Iblis Level Rendah, Enmu telah dihantar untuk membunuh Tanjiro untuk menaikkan ranking menjadi Iblis Level Tinggi dan inginkan darah Mujan Kibutsuji yang boleh membuatnya menjadi semakin kuat.

Begitulah sedikit sebanyak ceritera yang mengambarkan kisah perjalanan Mugen Train.
Dari segi plot cerita ini memang tidak boleh disangkalkan lagi hebatnya sama seperti manganya yang diagungkan oleh para peminatnya dan seperti tidak boleh mencari kesalahan walau sedikitpun aku akui adaptasi ini amatlah baik sekali dan tidak bersimpang siur.

Disertakan juga dengan visual efek yang sejuk mata memandang gabungan CGI dan 2D yang seakan akan real dan pergerakan kamera yang terasa jelas dan terperinci untuk menghidupkan karakter karakter di dalam filem ini.

Skoring dan sound efek tidak berlebihan, secukup rasa dan mengimbangi scene scene yang berjalan dan dibantu dengan para voice actor yang sangat professional dan memberikan keseluruhan jiwa untuk karakter karakter tersebut terlihat lebih menarik dan bersesuaian dengan keterampilannya. Pertarungan hebat diatas kereta api memperlihatkan sinematik yang lebih detail jelas dan intense.

Mugen Train bukan sahaja filem pemburu iblis yang hebat dengan aksi pertarungannya malah menyentuh elemen kekeluargaan yang membuatkan penonton membuak membuak memikiran tragisnya latar belakang sesebuah karakter dengan keluarganya.

Di bahagian akhir filem ini penonton akan ditekan jiwa raga dengan kesedihan yang akan berbolak balikkan emosi penonton! Oleh itu bawalah tisu kepawagam untuk menonton!

#Ulasan ini telah diterbitkan di laman Facebook Kakimuvee Reborn pada 10 Januari 2021. Filem anime ini sedang ditayangkan dipawagam GSC terpilih.

Rating Kakimuvee

4.5/5

Related posts

Review Anime: The Way Of The Househusband (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Review Telefilem: 18 Puasa Di Kampong Pisang

Kakimuvee

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee

Review Filem: The Promised Neverland (2021)

Hasib Anwar

Review Filem: The Box (2021)

Hasib Anwar