Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Dark Spell (2021)

(AMARAN SPOILER)

Jam menunjukkan 11.40 pagi.

“Tengok wayanglah kejap lagi… Cerita apa ada pun tak tau ni… Biasa kalau Khamis ada movie baru”, monolog aku dalam hati sambil melihat jam di telefon pintar yang tertera pada bucu kanan atas.

Capaian kepada laman cinema.com.my dimasukkan ke pelayar web dan menunjukkan jadual tayangan pawagam LFS Kuala Terengganu.

“Pukul 1.40pm movie Dark Spell… Hmmm.. Boleh lah,” tanpa berfikir panjang aku terus membeli tiket movie tersebut tanpa mengetahui sedikit pun info berkenaan movie itu.

Dipendekkan cerita, aku terus ke kaunter pawagam untuk menebus tiket yang telah dibeli dan berjalan ke dewan tayangan.

“Hall 6…pukul 1.40pm…sekarang dah 1.39pm”, getus aku sendirian dalam hati.

“Bang…mintak tunjukkan MySejahtera, saya nak tengok sekejap”, minta petugas pawagam dan aku menunjukkan kepada tanpa bercakap banyak kerana itu adalah SOP terkini yang wajib dipatuhi oleh kedua belah pihak sama ada pihak pengendali pawagam dan penonton. Tiket aku dikoyakkan oleh petugas tersebut dan menunjukkan arah dewan enam kepada ku dengan isyarat tangannya.

“Hall 6 belah sana ye bang”.

“Baiklah… Terima kasih”.

Aku masuk ke dewan tayangan. Suasana kemerahan daripada lampu dinding menerangi segenap penjuru dewan tayangan tersebut dan terdapat seorang lagi penonton di tempat duduk A-6.

“E-8”, aku meluru terus ke tempat duduk yang disediakan sambil dalam fikiran merayau tentang apakah filem ini akan dipersembahkan.

Dewan tayangan digelapkan dan filem pun bermula dengan intro syarikat produksi yang tidak aku kenali. Hati mula rasa tidak enak dengan intro intro ini dan apabila bermula. Lebih dahsyat lagi apabila babak pertama muncul dan kelihatan seorang wanita bercakap dalam keadaan alih bahasa.

Damn… citer Russia ke?”, terus rasa tidak senang menghantui diri walaupun ini bukan kali pertama aku menonton filem daripada Russia yang boleh dikatakan 98% filem dari Russia yang dibawa masuk ke Malaysia semuanya teruk. “Kenapa kau tak tengok dulu trailer dengan description dia?”, kata kata Cip Admin Kakimuvee terngiang ngiang dalam kepala aku sendiri pada ketika itu dan sejujurnya ini bukan kali pertama aku sengaja menonton filem seram Russia di pawagam. Semuanya untuk dijadikan bahan review filem di Kakimuvee. Aku meneruskan perjalanan menonton filem seram Russia yang berjudul “Dark Spell” itu.

Filem ini secara ringkasnya mengisahkan tentang sepasang kekasih muda yang mana si lelaki telah beralih arah cintanya kepada wanita lain dan si wanita itu tadi telah bertindak di luar kawalan hanya kerana menginginkan lelaki tersebut mencintainya semula. Wanita itu kemudiannya telah pergi ke sebuah kediaman seorang bomoh bertujuan untuk mengenakan sihir kepada lelaki tadi supaya terus menerus setia bersama dengannya hingga akhir hayat dan dalam usaha untuk menjayakan ilmu hitamnya itu, upacara memuja iblis harus dilakukan di gereja yang mana di dalamnya berlangsung majlis perkahwinan yang pasangannya begitu menyintai antara satu sama lain.

Lain yang dikehendaki, lain pula yang terjadi. Lelaki yang terkena sihir itu tadi begitu cinta kepada wanita itu sehinggakan mencemburui setiap manusia yang mendekati wanita itu hatta ibu kepada wanita itu sendiri. Pelbagai kisah aneh terjadi kepada mereka berdua sehinggalah akhirnya lelaki itu tadi meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya semasa mengejar wanita itu pada sebuah malam.

Sedang asyik aku menonton filem ini, satu perkara terdetik di hati aku. “Cantik jugak sinematografi filem Russia ni… Tapi sayanglah… Story macam sampah… sangat tipikal… sangat predictable”. Tidak ada aspek lain pun yang mampu mengagumkan aku dalam keseluruhan filem Dark Spell ini melainkan hanyalah sinematografinya yang enak untuk dipandang. “Macam manalah agak – agaknya industri filem Russia eh? Dah kalau macam filemnya macam gini? Hairan aku serius”, aku bermonolog sendiri sambil menonton perjalanan cerita yang semakin membosankan.

Setelah selesai 1 jam 34 minit akhirnya tayangan selesai.

“Hmmm… ”, aku berfikir sejenak.

“1/5 cukuplah… letih aku tengok filem macam ni…”

Kelihatan turun daripada tempat duduk atas, seorang penonton yang menonton bersama dengan aku di tempat duduk A-6. Turunnya laju terus meluru ke pintu keluar di bahagian bawah skrin. Tidak berapa lama kemudian, aku turut keluar dan kelibat orang itu tadi telah tiada di pandangan mata aku.

Kemudian……

Bersambung…

Rating Kakimuvee

1/5

Related posts

Review Filem: Doctor (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Dune (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Chinese Doctors (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Frontliner (2021)

Ahmad Fariszuan

Review: Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Malignant (2021)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment