Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Darbar (2020)


Amaran Spoiler!!!

Sebut je Darbar, kemudian sebut nama pelakon utamanya, Superstar Rajnikanth, maka riuhlah seluruh dewan pawagam saat keluarnya title card SUPERSTAR RAJINIKANTH.

Mengisahkan tentang pesuruhjaya polis yang baru sahaja ditukarkan ke sebuah bandar baharu yang mana rakyat tempatan telah hilang kepercayaan terhadap Polis dan jenayah juga berleluasa di bandar tersebut.

Pesuruhjaya Polis yang baru ini dilihat mengalami tugas yang sukar untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai kepada polis namun tidak bagi watak yang dipegang oleh Rajnikanth. Mengambil masa hanya beberapa ketika, kepercayaan kepada polis oleh orang ramai berjaya dikembalikan dan ramai penjenayah khususnya penagih dadah berjaya di tangkap malahan juga dibunuh serta merta. Beliau turut mendapat surat daripada Bahagian Hak Asasi Manusia di negeri tersebut berkenaan dengan cara beliau yang ganas namun, sekali lagi ini adalah Rajnikanth, Pegawai Hak Asasi yang datang ke pejabat beliau tidak berjaya menjatuhkan tuduhan malahan ditampar oleh Rajni (Haha!).

Filem Darbar pada kali ini adalah merupakan sebuah lagi tipikal filem Tamil yang menyajikan aksi yang tidak masuk akal serta babak pergaduhan yang melawan segala hukum fizik di dunia ini akan tetapi itulah yang ditunggu tunggu oleh para penonton dan bagi penulis sendiri itu adalah nilai unik yang ada pada filem aksi tamil.


Memainkan isu jenayah dadah dan kepolisan dalam filem kali ini dengan campur tangan gelap dari dunia politik dan sebagainya, Darbar dilihat sebagai sebuah filem yang bukan sahaja mendedahkan isu sebenar yang mungkin berlaku dalam dunia sebenar. Diselangi dengan mainan emosi kasih seorang anak kepada seorang bapa dan sebaliknya. Mainan emosinya dilihat mampu menitiskan airmata hampir separuh daripada penonton yang berada di dalam dewan tayangan pada waktu yang sama penulis menonton filem ini.

Walau bagaimanapun dubbing yang dilihat kadang kadang terlampau obvious mencacatkan “feeling” semasa menonton filem ini. Lawak yang disampaikan juga kadang kadang adalah lawak yang hanya boleh difahami dalam bahasa tamil membuatkan penonton berbangsa lain mungkin memerlukan penjelasan dari rakan mereka yang memahami bahasa Tamil.

Secara keseluruhannya, filem ini adalah sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton apatah lagi dengan adanya Superstar Rajnikanth di dalam filem ini. Cukup dengan aksi, emosi dan lawak yang “just nice”

RATING KAKIMUVEE: 7.5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee