ReviewSlot Asia

Review Filem: Danur 3 – Sunyaruri 2019

Views

AMARAN SPOILER!!!

MD Entertainment pada tahun ini meneruskan lagi pengeluaran filem seram mereka dengan menerbitkan filem keempat dalam Danur Universe iaitu Danur 3 : Sunyaruri setelah Danur 1 dan 2 serta filem spin-off Danur iaitu Asih yang telah dikeluarkan pada tahun tahun sebelumnya. Sunyaruri pada kali ini bermaksud “Alam Kesepian” dan cara sebutannya adalah sun-ya-ru-ri.

Masih lagi mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang diberi keistimewaan untuk melihat alam selain daripada alam manusia dan dia masih lagi bersama sama rakannya dari alam tersebut iaitu Peter dan yang lain lain. Pada kali ini mereka telah berhadapan dengan entiti yang tidak mereka ketahui dan segalanya bermula dengan hujan aneh yang menimpa kawasan rumah mereka. Hal ini ditambah lagi dengan bayangan bayangan aneh yang dilalui oleh wanita tadi yang juga turut menjurus kepada pelbagai peristiwa pelik dan aneh sepanjang perkara ini mengambil tempat.

Wanita ini tadi pada permulaannya tidak menyedari akan bahaya yang bakal beliau berhadapan, namun satu persatu petunjuk telah datang kepadanya dan meyakinkannya bahawa segala yang berlaku terhadapnya adalah kerja entiti yang berniat jahat kepadanya.

BACA:  Review Filem Dumbo (2019)

Kepada anda semua yang ingin menonton filem ini boleh terus ke pawagam terdekat dan menontonnya sendiri. Adakah wanita tadi berjaya selamat dari kejahatan entiti tersebut?

Danur 3 pada kali ini jika dilihat pada jalan ceritanya agak longgar dan lebih bersahaja berbanding filem filem dalam Danur Universe yang sebelumnya ini. Beberapa plothole yang dibiarkan begitu sahaja menimbulkan tanda tanya yang tanpa sudah kepada penonton dan ini boleh membuatkan rasa tidak puas hati timbul semasa filem ini berada di penghujungnya.

Unsur seram pada kali ini juga dilihat kurang baik kerana banyak bergantung kepada visualisasi hantu itu sendiri tanpa unsur unsur seram yang lain. Tidak dinafikan pembinaan unsur seram itu ada seperti suasana yang gelap dan hujan yang turun, namun ia masih tidak cukup tenaga untuk membawa keseraman sebuah filem seram kepada penonton.

Apa yang boleh dipuji dalam filem ini adalah kesan khas serta solekan yang sangat hebat dan hal ini sedikit sebanyak membantu dalam pembawakan mood seram itu sendiri dalam filem Danur kali ini.

BACA:  5 Anime 2019 Yang Menarik Untuk Ditonton

Kesimpulannya, Danur 3 kali ini dilihat diterbitkan hanya atas dasar untuk melengkapkan triloginya sahaja dan penulis sendiri sebagai seorang yang sangat meminati Danur Universe ini berasa cukup kecewa atas kualiti Danur 3 yang diberikan pada kali ini.

Rating Kakimuvee : 5/10

Tinggalkan Balasan

shares