Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Cruella (2021)


2021 menjadi satu lagi tahu di mana pawagam masih berada pada ambang kesamaran untuk dibenarkan pengoperasiannya secara penuh terutamanya di Malaysia dengan bilangan kes harian COVID-19 yang berada pada tangga empat angka setiap hari dan ini sudah tentu memberikan kesan kepada filem filem yang bakal ditayangkan dan Cruella adalah salah satu filem tersebut. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Disney+ Hotstar yang membawakan filem ini secara atas talian kepada seluruh rakyat Malaysia.

Cruella mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang remaja yang mana pada lahirnya lagi telah menjalani kehidupan yang berbeza berbanding kanak – kanak kebanyakan yang lain. Segalanya berlalu secara normal sehinggalah suatu hari ibunya telah mati dan dia percaya bahawa kejadian itu adalah kerana silapnya sendiri yang pada mulanya tidak mengendahkan akan kata kata ibunya sendiri.

Bermula pada detik itu, gadis yang dikenali dengan nama Estella ini telah membawa dirinya ke Kota London dan berjumpa dengan dua lagi kanak – kanak terbiar. Bermula daripada saat itu juga mereka bertiga bersahabat sehingga dewasa. Pelbagai liku dan ranjau kehidupan terpaksa mereka lalui dalam usaha mereka untuk membina kehidupan yang lebih baik dan kepada Estella sendiri untuk menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal di seluruh dunia.

Kepada mereka yang mungkin terbiasa dengan animasi 101 Dalmations yang diterbitkan pada suatu ketika dahulu sudah tentu tidak sabar menantikan filem Cruella kerana ia mengisahkan tentang bagaimana watak antagonis itu terjadi sepertimana watak Maleficent dalam dunia Sleeping Beauty. Ternyata watak jahat dalam filem terikat pada naratif sebagai “orang baik yang tersakiti”.

Penceritaan dalam filem Cruella pada kali ini dilihat begitu “straight to the point” dengan beberapa twist yang dirasakan begitu kena dengan filem ini dan mungkin sudah dapat dijangka oleh sesetengah penonton. Jenaka yang disampaikan juga tidak kekok dan telatah penjahat dalam filem ini yang begitu narsisistik dan psikopat menjadikan filem Cruella ini berada pada kelasnya yang tersendiri. Begitu asyik untuk ditonton disamping rekaan rekaan fesyen dan busana yang cantik.


Secara keseluruhannya, filem Cruella ini adalah sebuah filem yang sangat sesuai untuk ditonton bersama keluarga lebih-lebih lagi pada masa sekarang yang mana kita masih dibelenggu dengan pandemik. Cruella kini boleh di strim di perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar. 4/5

Rating Kakimuvee

4/5


Related posts

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee