Review Filem : Crawl (2019)

293
views

Review Filem : Crawl (2019)

Sebuah filem bertemakan “thriller nature disaster” terbitan Paramount Pictures telah menemui penonton pada 11 Julai 2019 yang lalu.

Mengisahkan tentang bencana alam yang telah menimpa sebuah bandar dan memerangkap sebuah keluarga iaitu anak dan bapa di kediaman mereka. Apa yang membuatkan keadaan bertambah teruk adalah buaya yang berada di sebuah kolam berhampiran kawasan perumahan tersebut telah terlepas melalui sebuah paip limpah dan bertambah teruk lagi apabila benteng penghadang telah pun pecah dan menyebabkan kawasan berhampiran dilanda banjir.

Mereka berdua berhempas pulas untuk cuba keluar daripada kawasan rumah mereka sambil bergelut dengan buaya buaya yang cukup ganas. Faktor cuaca yang buruk juga membuatkan mereka perlu berusaha lebih kuat.

Filem ini sememangnya dibuat untuk menyesakkan nafas penonton, segala apa yang dapat dijangka oleh penonton dipatahkan dengan begitu mudah oleh pihak produksi dan cara mereka mematahkan jangkaan penonton tersebut adalah dengan menyelitkan fakta dan tidak terlampau “lazy writing”.

Selaku seorang yang meminati Biologi, Nat Geo Wild dan National Geographic, penulis sangat memuji fakta berkaitan alam semulajadi yang digunakan dalam filem ini dan garapan konsep yang digunakan juga cukup bijak. Walaupun fakta tersebut tidaklah 100% tepat kerana ingin memberi ruang untuk eksploitasi “cinematic experience” namun ia masih lagi berpijak di bumi yang nyata dengan apungan awangan yang perlu dan “just nice” tanpa merosakkan plot dan suasana penceritaan.

Unsur thriller yang disajikan juga sememangnya harus dipuji, kerana setiap visual yang diberikan kepada penonton mampu untuk mengeluarkan bunyi mereka sendiri.

Jadinya kepada peminat filem thriller dan mereka yang sukakan keadaan visual yang menyakitkan, maka filem ini adalah untuk anda.

Rating Kakimuvee : 8/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here