Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Chinese Doctors (2021)


(AMARAN SPOILER)

Antara negara yang paling awal menerima tempias pandemik COVID-19 dan negara asal pandemik ini sendiri adalah China dan antara negara terawal yang berjaya membendung pandemik ini sendiri juga adalah China. Berdasarkan pengalaman mereka sendiri melawan penularan wabak COVID-19 ini, satu syarikat penerbitan filem China telah menerbitkan sebuah filem berdasarkan peristiwa ini.

Bermula dengan sebuah hospital yang menerima pesakit dengan symptom jangkitan saluran pernafasan, penceritaan berkembang secara keseluruhannya kepada seluruh peristiwa ke akhirnya. Paparan secara visual dalam filem Chinese Doctor ini begitu bagus kerana para penonton didedahkan dengan situasi mirip sebenar yang berlaku pada awal awal penularan wabak di China pada suatu ketika dahulu.

Daripada segi aspek pengurusan pesakit sehinggalah pengurusan kesihatan awam dan juga konflik konflik yang dialami oleh masyarakat. Walaupun secara keseluruhannya, penyampaian olahan idea yang diberikan agak kasar dan cepat, namun gambaran secara keseluruhannya dapat ditangkap oleh para penonton.

Babak – babak medikal yang diperlihat oleh filem ini juga dilihat hampir tepat dengan fakta perubatan yang tersedia. Filem ini mungkin disiapkan pada ketika mana dunia masih lagi bergelut dengan penularan wabak COVID-19 secara keseluruhannya kerana penglibatan vaksin tidak dimasukkan ke dalam filem ini dan ia lebih kepada menunjukkan kemampuan China dalam menangani wabak yang besar seperti ini dalam masa yang singkat seperti penubuhan sekretariat khas dan juga pembinaan hospital besar dalam masa yang singkat demi memastikan semua rakyatnya mendapat rawatan yang terbaik.


Filem ini juga dilihat bukanlah filem yang terbaik dalam menggambarkan keseluruhan penularan wabak COVID-19 namun ia boleh menjadi sedikit gambaran kepada penonton tentang bagaimana konflik atau peristiwa yang berlaku di negara asal wabak ini menular.

Filem ini juga turut didedikasikan kepada seluruh petugas kesihatan China khasnya dan petugas kesihatan dunia secara amnya dengan mesej yang begitu membangkitkan semangat di sebalik visual yang dipaparkan secara keseluruhannya. Ternyata wabak kali ini adalah sebuah peristiwa yang akan dikenang secara teguh bagi mereka yang melaluinya dan sudah pasti bakal menjadi cerita dari satu generasi kepada generasi yang lain.

Chinese Doctor ditayangkan di pawagam yang terpilih sekarang.

Rating Kakimuvee

3/5


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee