Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Cats (2019)


AMARAN SPOILER!!!

Sebelum anda membaca ulasan filem Cats, adalah lebih baik saya memaklumkan terlebih kepada anda bahawa ini adalah penulisan reviu paling pendek pernah saya tulis. Tidak banyak boleh diperkatakan tentang filem musikal arahan Tom Hooper, malah saya juga tidak tahu sama ada filem ini layak digelar ‘filem’ atau sekadar sebuah klip himpunan lagu yang berdurasi 1 jam 49 minit.

Cuba anda bayangkan, menonton sebuah filem yang banyak cakap dan berdurasi hampir dua jam, tentu anda akan menguap dan tertidur bukan. Itulah yang saya rasai semasa menonton filem Cats, bezanya filem ‘kucing’ ini bukan banyak ‘mengiau’, sebaliknya dipenuhi dengan lagu-lagu yang.. ergh! membosankan.

Diadaptasikan dari musikal Cats susunan Andrew Lloyd Webber yang juga berdasarkan dari koleksi puisi tulisan TS Eliot berjudul Old Possum’s Book of Practical Cats, filem musikal ini berkisarkan tentang kucing putih, Victoria (Francesca Hayward) yang menyertai sekawan ‘jellicle cats’. Kucing-kucing ini bersaing untuk merebut tempat ke syurga kucing dimana kucing yang berjaya akan dihidupkan semula. Setiap kucing yang ingin ke tempat tersebut perlu membuktikan diri mereka layak dengan menyanyikan lagu yang berkaitan dengan diri mereka; dan pemenang akan dipilih oleh seekor kucing tua iaitu Old Deuteronomy lakonan Judi Dench.

Seperti puisi, filem ini boleh dikatakan hampir tidak memiliki naratif. Tom Hooper seolah-olah bergantung sepenuhnya kepada lagu-lagu yang disajikan dengan harapan ia akan membentuk naratif. Tetapi sebaliknya berlaku dimana Cats menjadi sebuah filem yang cukup membosankan kerana kurangnya perjalanan cerita walaupun lagu-lagu yang disajikan begitu rancak, enak didengar dan ada yang menyentuh perasaan.


Kebosanan Cats bagaimanapun tidak dapat menandingi kesan visualnya dimana ia menjadi buah mulut dikalangan para pengkritik di Hollywood. Apa yang saya boleh katakan, Cats langsung tidak menggambarkan kucing-kucing yang comel, sebaliknya ia memberikan pandangan yang cukup ‘disturbing’ kepada penonton. Walaupun pihak studio dikatakan telah memperbaiki kesan visualnya, ia masih memberikan pandangan ‘menakutkan’. Kucing berbentuk manusia? pada saya sangat buruk dan akan memberi mimpi ngeri kepada mereka yang menontonnya. Pada saya filem ini sepatutnya dihasilkan dalam bentuk animasi, bukannya ‘live action’.

Barisan pelakon hebat langsung tidak memberi keterujaan kepada saya. Kehadiran James Corden, Judi Dench, Taylor Swift, Rebel Wilson dan Idris Elba gagal meninggalkan kesan positif kepada saya semasa menonton filem ini. Saya hampir meletakkan Cats ketahap filem paling hina tahun 2019, mujur lagu “Memory” nyanyian Jennifer Hudson pada penghujung filem mengubah sedikit pendirian saya terhadap filem arahan Tom Hooper ini. Jika tidak, pasti Cats akan menjadi filem Hollywood pertama yang rating ‘0’ dari saya.

RATING KAKIMUVEE: 2/10


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee