Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Bunty Aur Babli 2 (2021)

Setelah hampir 15 tahun selepas filem pertama dikeluarkan iaitu pada 2005 yang lepas, Bunty Aur Babli kini menemui peminatnya kembali pada tahun 2021. Pada mulanya, filem ini dijadualkan tayangannya pada Jun 2020 namun kerana pandemic COVID-19, filem ini ditunda kepada April 2021 dan ditunda sekali lagi kepada 19 November 2021. Filem ini kini sedang rancak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Kepada mereka yang pernah menonton filem Bunty Aur Babli yang pertama sudah tentu akan mengetahui berkenaan apakah filem ini mengisahkan. Namun begitu, tiada kebimbangan kepada mereka yang menonton filem kedua terus tanpa yang pertama kerana anda akan diberi sedikit pencerahan berkenaan perjalanan cerita Bunty Aur Babli 2 ini. Bunty dan Babli adalah pasangan “scammer” yang terkenal di negaranya. Setelah sekian lama bergelumang dalam kegiatan mereka, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kerja kotor mereka itu. Akan tetapi setelah 15 tahun bersara dari bidang “scam”, nama Bunty Babli digunakan oleh orang lain untuk menipu masyarakat dalam melakukan kegiatan kotor mereka dan Bunty Babli yang asal kini diburu kembali oleh polis.

Bunty Aur Babli 2 berada dalam genre komedi keluarga yang mana filemnya cukup bewarna warni dan diselitkan jenaka kekeluargaan yang tidak keterlaluan. Bonus kepada mereka yang membesar dengan filem filem Hindustan seperti Hum Saath Saath Hai dan Na Milo Kahin Pyar sudah tentu merindui lakonan Rani Mukjerji dan Saif Ali Khan. Cuma yang kurang dalam filem ini adalah penyanyi yang menyanyikan lagu dalam filem ini tidak bersuara serak serak basah seperti suara asal Rani Mukerji. Sedikit sebanyak menjejaskan nostalgia sesetengah para penonton termasuk saya sendiri.

Jalan ceritanya diberikan secara langsung kepada penonton dan yang menjadikan pengalaman menonton filem ini menarik adalah cara serta kaedah penipuan yang digunakan walaupun agak klasik namun masih membuatkan kita semua ingin menonton lagi dan lagi sehingga kepada kesudahan filem yang agak “twisted”. Selain “ending” yang agak “twisted”, pihak produksi juga seakan mengacah satu lagi “sequel” kepada penonton pada masa akan datang. Sama ada akan jadi kenyataan ataupun tidak masih lagi menjadi tanda tanya.

Secara keseluruhannya, filem ini adalah sebuah filem komedi yang sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan umur dan sudah tentu kita akan terhibur dengan gelagat lakonan dan jalan cerita filem ini.

Rating Kakimuvee

4/5

Related posts

Review Filem: Raging Fire (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Rumah Madu Ku Berhantu (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Maanaadu (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Venom: Let There Be Carnage (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Cursed: Dead Man’s Prey (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Budak Kripto (2021)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment