Scott Adkins kembali lagi buat kali yang ketiga sebagai petarung MMA Rusia, Yuri Boyka dalam filem Boyka : Undisputed atau dalam versi melayunya Boyka : Jalan Pulang, HAHAHAHAHA. Filem ini yang diarahkan oleh Todor Chapkanov ini merupakan sekuel kepada Undisputed III: Redemption (2010), yang sudah pun ditayangkan pertama kalinya di festival filem Fantastic Fest pada tahun 2016. Tayangan perdana di US akan ditayangkan pada bulan Mei 2017. Dekat Malaysia tak akan ditayangkan rasanya. Filem ini diklasifikasikan “R-rated” kerana menampilkan aksi-aksi yang agak brutal.
Selepas beberapa tahun peristiwa di Undisputed III: Redemption, petarung yang tak pernah dikalahkan di Kiev, Ukraine ini masih mendapatkan duit hasil dari pertarungan di dalam gelanggang “bawah tanah”. Boyka telah menemui dan mendekatkan diri dengan agamanya, menderma semua hasil kemenangan kepada sebuah gereja tempatan. Tetapi terbeban dengan dosa yang terus menghantui beliau., apabila beliau secara tidak sengaja terbunuh lawannya di dalam gelanggang, semasa perlawanan kelayakan untuk pertandingan Eropah peringkat tertinggi.
Dengan rasa bersalah dan penuh penyesalan  yang mengakibatkan beliau asyik termimpi-mimpi tentang lawan beliau yang terbunuh itu mengakibatkan beliau nekad pergi berjumpa dengan isteri kepada lawannya itu di Russia untuk menebus kesalahan beliau. Beliau ke Rusia dengan berbekalkan pasport palsu, steady je naik bas pergi ke Rusia dari Ukraine, dekat je pun. Tibanya beliau di Rusia, isteri kepada lawannya itu yang bernama Alma, berkerja di tadika pada siang hari, pada malam hari beliau berkerja sebagai pelayan kelab. Hidup Alma terbeban dengan hutang yang dipinjam dengan “Ketua kongsi gelap” yang menguruskan sebuah kelab pertarungan.
Maka Boyka ingin menebus Alma supaya Alma dapat hidup bebas tanpa terikat dengan hutang, beliau bersetuju untuk bertarung di kelab pertarungan itu, dijanjikan hanya 3 pertarungan sahaja. Kalau Boyka menang kesemua pertarungan itu maka Alma pun bebas, setelah Boyka berjaya menewaskan semua lawannya di dalam 3 pertarungan itu. Rupanya ada pertarungan terakhir, kiranya Boyka kena lawan dengan “petarung utama” kelab tersebut yang berketinggian 6 kaki lebih, dua kali ganda besarnya dari Boyka.
Dipendekkan cerita akhirnya Boyka kembali ke ‘pangkal jalan’. Dan beliau berjaya mendapatkan kemaafan dari Alma.
Boyka: Undisputed mungkin tidak sehebat Undisputed III: Redemption, yang merupakan filem Undisputed yang paling terbaik sekali di antara keempat-empat filem Undisputed yang lain. Tetapi seperti biasa aksi-aksi pertarungan dari Scott Adkins sangat mengujakan sekali. Selain aksi-aksi pertarungan yang hebat ini, kelemahan filem ini ialah dialog yang agak mendatar dan nampak seperti tidak semulajadi.
Rating 7.5/10 untuk filem ini.