Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Black Panther: Wakanda Forever (2022)


AMARAN SPOILER!!!

Pemergian mengejut Chadwick Boseman dua tahun yang lalu benar-benar memberi kesan kepada mereka yang terlibat dalam Marvel Cinematic Universe khususnya Black Panther. Namun, segalanya perlu diteruskan, dan filem terbaru Wakanda Forever terpaksa diteruskan tanpa Boseman selepas Kevin Feige membuat keputusan untuk tidak menggantikan tempatnya dengan pelakon lain. 

Tanpa T’Challa, peminat pasti tertanya-tanya bagaimana Black Panther: Wakanda Forever¬†teruskan, tetapi bagi pengarah Ryan Coogler, dan barisan kreatif, mereka mempunyai cara yang tersendiri, malah menjadikan filem sekuel itu, secara tidak langsungnya, sebagai filem tribute untuk mendiang Boseman.¬†

Montaj¬†Wakanda Forever¬†dibuat khusus untuk Boseman sebagai tanda memperingati sumbangannya dalam MCU, dan pengenalan filem kelihatan seperti apa yang dibuat mendiang semasa hayatnya, menyembunyikan penyakit kanser dari umum. Dalam¬†Wakanda Forever,¬†T’Challa menyembunyi penyakitnya sehinggakan, adiknya Shuri tidak dapat berbuat apa-apa sebaik sahaja Raja Wakanda itu semakin nazak sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.¬†

Kemangkatan Raja Wakanda dan ketiadaan Black Panther telah melemahkan negara yang tersembunyi itu, dan kuasa-kuasa besar dunia telah menggambil kesempatan dengan mengganggu urusan negara Wakanda, khususnya yang melibatkan Vibranium. 


Meskipun ketiadaan Black Panther, Ratu Ramonda tetap tegas menjaga kedaulatan negaranya dari campur tangan luar, tetapi pemerintahannya diuji apabila dia didatangi seorang lelaki dari dalam air, yang membuat permintaan yang sukar untuk ditunaikan, atau negaranya diserang oleh kerajaan yang langsung tidak diketahui oleh siapa-siapa diatas muka bumi ini. 

Sejak kebelakangan ini, penonton disajikan dengan produk-produk MCU yang lebih menjurus kepada komedi, tetapi¬†Wakanda Forever¬†sangat berbeza dengan komedi yang minimal dan lebih banyak drama serta konflik yang dihadapi watak-watak dalam filem ini, khususnya Shuri. Sebagai filem yang memberi tribute kepada Boseman, anda akan melihat beberapa watak-watak meratapi pemergian T’Challa, dan boleh dikatakan, perkembangan watak Shuri banyak dipengaruhi dengan ketiadaan watak utama Black Panther itu.¬†

Sebagai pengganti adiwira Black Panther, apa yang dilalui Shuri jauh lebih teruk dari beberapa watak baharu MCU, yang dijangka menggantikan beberapa adiwira utama MCU. Dia bukan sahaja perlu berhadapan dengan realiti pemergian abangnya, malah terpaksa menggalas tanggungjawab berat, iaitu memimpin Wakanda dalam menghadapi ancaman kerajaan bawah air, Talokan. 

Jadi, perjalanan Shuri sebelum mengambil-alih mantel Black Panther jauh lebih berat dari Kate Bishop, yang dijangka menggantikan Hawkeye, atau Falcon, yang mengambil-alih mantel Captain America. 

Marvel terus mengusik kewujudan mutan dalam Marvel Cinematic Universe dengan Namor secara terang-terangan berkata kepada Shuri dia adalah mutan. Spesis Namor dalam dunia sinematik Marvel tidak mengejutkan kerana dia sememangnya karakter mutan dalam versi komik, dan pelakonnya juga sebelum ini telah beberapa kali menggoda peminat tentang asal-usul wataknya.

Tetapi, yang menariknya dengan Namor, Marvel Studio mengekalkan satu ciri pentingnya, iaitu sebagai ‘Anti Hero’. Namor dianggapkan anti-hero pertama Marvel, dan filem ini benar-benar menekankan ciri itu agar ia tidak lari jauh dari sumber asal. Pemilihan Tenoch Huerta sememangnya sangat tepat kerana dia benar-benar berjaya menterjemahkan perwatakan anti-hero Namor sehigga kita sebagai penonton merasakan adalah penjahat utama dalam Wakanda Forever.¬†

Selain bertindak sebagai tribute, filem ini juga mengusik isu global khususnya campur tangan kuasa besar dan imperalisme. Penonton melihat tindakan beberapa negara kuasa utama dunia yang cuba campur tangan dalam hal ehwal Wakanda, sehinggakan ada yang berani menceroboh bangunan milik kerajaan Wakanda. Ucapan Ratu Romanda semasa persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu jelas sekali merujuk kepada situasi pada masa kini dimana, kuasa-kuasa besar sering campurtangan dalam hal ehwal negara-negara kecil atau yang lemah. 

Tindakan Namor yang mengancam Wakanda dan mahu menyerang negara daratan tidak boleh dipersalahkan kerana dia melindungi kerajaan dan rakyatnya dari dijajah. Dia yang telah hidup selama ratusan tahun telah menyaksikan penjajahan, dan dia cuba mengelakan pekara itu dari berlaku. Namun, perancangan Namor membuatkan penonton berfikir adakah apa yang ingin dia lakukan itu adalah tepat dan bermoral atau sebaliknya.

 

Disebalik drama, konflik dalaman dan isu global, antara pekara yang menarik yang dilihat penonton adalah peperangan antara Wakanda dan Talokan. Walaupun kita tidak dapat melihat peperangan dalam skala yang besar dan epik sepertimana bala tentera Thanos menyerang Wakanda dalam Infinity War, kita sekurang-kurangnya dapat melihat kedua-dua kerajaan rahsia ini berperang, bukan sahaja di Wakanda, malah dilautan. 

Cuma seperti yang dikatakan diatas, peperangan diantara kedua-dua kerajaan itu tidaklah epik, dan hanya kelihatan sangat kecil, dengan satu kapal gergasi seperti dua kongsi gelap bertarung di lorong Petaling Street. Jika ia melibatkan armada Wakanda menyerang balas kerajaan Talokan, sudah tentu, adegan aksi Wakanda Forever pasti tersenarai dalam salah satu aksi paling epik dalam sejarah MCU. 

Pertarungan antara Black Panther dan Namor juga menarik untuk dilihat, dengan Namor beberapa kali berjaya menjatuhkan Shuri. Ini menunjukkan Namor juga sehebat adiwira-adiwira Marvel yang lain, dan berpotensi menjadi ahli terkuat dalam Avengers satu hari nanti. 

Pendamaian antara Wakanda dan Talokan sedikit anti-klimaks. Dikala Wakanda sudah hampir tewas, Namor, bersama Black Panther, datang ke medan perang dan mengumumkan perang telah tamat. Keputusan Namor itu menimbulkan perasaan tidak puas hati sepupunya, Namora, tetapi pekara yang dibincangkan mereka menimbulkan rasa ingin tahu tentang apa yang akan mereka lakukan dalam ansuran MCU yang akan datang. 

Jika pengenalan filem kurang memberi rasa sedih keatas pemergian Raja Wakanda, penamat filem ini adalah tribute sebenar keatas T’Challa, atau lebih tepat, Boseman. Terima kasih kepada Namor yang menceritakan tentang masa lalunya kepada Shuri, dan Ratu Ramonda, yang mengubah rasa dendam anak gadisnya itu kepada belas kasihan.¬†

Shuri duduk dipantai di Haiti, membakar baju berkabungnya, sambil mengenang kembali kenangannya bersama abangnya. Apa yang dilihat Shuri bukan sekadar memori bersama T’Challa, tetapi juga memori penonton bersama Boseman.¬†Wakanda Forever¬†bukan sekadar sekuel kepada¬†Black Panther,¬†tetapi juga adalah tribute kepada pelakon hebat, Chadwick Boseman.¬†

Rating Kakimuvee

3.5/5


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee