Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Black Christmas (2019)

Seperti biasa, bulan Disember pasti penonton akan disajikan dengan filem-filem yang bertemakan perayaan Krismas. Bagi produksi yang terkenal dengan filem-filem seram iaitu Blumhouse Production, mereka juga tidak ketinggalan untuk hasilkan filem yang berkaitan dengan musim cuti Krismas.

Black Christmas arahan Sophia Takal ini merupakan remake dari filem slasher klasik berjudul sama yang diterbitkan pada tahun 1974. Meskipun mengekalkan konsep pelajar asrama perempuan diburu pembunuh misteri, jalan ceritanya jauh berbeza dari filem asal.

Penceritaan filem ini dimulakan dengan babak dimana seorang pelajar kolej Hawthorne, Lindsey dibunuh oleh beberapa individu bertopeng tanpa sebab yang diketahui. Dengan cuti semesta musim sejuk semakin hampir, beberapa pelajar telah mengambil keputusan untuk pulang lewat atau tinggal di asrama mereka, Riley merupakan salah seorang daripada mereka

Satu hari, Riley Stone bersama rakan-rakan asrama MKE iaitu Kris, Marty, Jesse, dan Helena telah menghadiri acara ujibakat yang dianjurkan rumah asrama lelaki DKO. Walaupun masih dihantui pengalaman buruk bersama ketua DKO iaitu Brian Huntley, Stone tetap menyertai rakan-rakannya itu dan terpaksa menyertai persembahan selepas salah seorang rakannya, Helena pulang ke asrama mereka selepas hampir dirogol salah seorang ahli DKO.

Persembahan mereka mendapat pujian para pelajar peremuan yang hadir, tetapi tidak bagi segelintir pelajar lelaki. Beberapa hari kemudian, berlaku satu kejadian yang cukup misteri apabila seorang demi seorang ahli MKE telah hilang. Stone yang menerima panggilan telefon dari ibu Helena telah mula mensyaki pekara buruk sedang berlaku di rumah asrama mereka.

Cuba menyiasat misteri kehilangan Helena, dia telah pergi ke asrama DKO untuk mencari rakannya itu, tetapi gagal. Dia bagaimanapun terserempak dengan pengajarnya, Professor Gelson. Selepas perbualan yang tidak menyenangkan, Riley telah pulang ke asrama dan menceritakan misteri kehilangan Helena kepada rakan-rakannya. Tidak lama kemudian, rumah asrama mereka telah diserang beberapa individu bertopeng dan mereka perlu melarikan diri dari menjadi mangsa.

Black Christmas boleh dikatakan antara filem slasher yang paling membosankan dan agak teruk sekali. Pengarah filem ini hanya mementingkan adegan ‘jumpscare’ berbanding ‘slasher’ itu sendiri. Separuh daripada durasi filem yang diisi dengan babak-babak berbual yang agak meleret, dan drama remaja yang klise.

Apabila tiba ke babak-babak yang melibatkan serangan pembunuh psiko keatas mangsa-mangsanya, ia menambahkan lagi kekecewaan terhadap filem ini. Tersangkut dengan klasifikasi PG-13 menjadikan adegan slasher Black Christmas sangat gagal. Tiada langsung debaran dan ketakutkan apabila melihat pemangsa cuba memburu mangsanya. Antagonis terlampau senang untuk dibunuh, manakala ketakutan mangsa gagal diterjemahkan dengan baik kepada penonton.

Idea mengabungkan isu seksis, pembunuhan dan sihir merupakan idea yang paling bodoh pernah dibuat. Pengarah cuba untuk membangkitkan isu rasisme jantina dalam filemnya, tetapi cara penyampaian sangat gagal dan berat sebelah. Dengan menyalahkan lelaki dalam semua hal adalah sesuatu pekara yang langsung tidak masuk akal, apatah lagi menggunakan alasan ‘girl power’ sebagai sebab utama para pelajar lelaki membunuh semua pelajar-pelajar perempuan di kolej mereka.

Kemuncak kebodohan filem ini mula jelas pada bahagian ketiga dimana plot twistnya sangat lemah, ditambah pula dengan babak penghujung yang anti-klimaks. Apabila sebuah filem slasher cuba mengakhiri cerita seperti filem-filem aksi, ia sudah cukup membuktikan pengarah dan penulis filem ini sangat malas dalam penulisan skrip.

Secara keseluruhan, Black Christmas adalah sebuah filem yang tidak layak berada dalam senarai filem-filem slasher. Cubaan bermain dengan isu seksisme yang kurang jelas dan dipukul secara rata menjadi sebab utama filem ini gagal, dan apabila penamatnya dibuat dengan begitu teruk, jelas sekali filem ini wajib dibuang kedalam tong sampah.

RATING KAKIMUVEE: 2/10

Related posts

Review Filem: Doctor (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Dune (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Dark Spell (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Chinese Doctors (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Frontliner (2021)

Ahmad Fariszuan

Review: Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021)

Kakimuvee

Leave a Comment