Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Black Adam (2022)


AMARAN SPOILER!!!

Kombinasi Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan watak komik superhero semestinya memberikan sebuah filem adiwira yang pasti disukai penonton.

The Rock pernah menjanjikan bahawa hieraki kekuasaan DC akan berubah, dan nampaknyaĀ Black AdamĀ bukan sahaja mengoncang tampuk kekuasaan DCEU, malah bakal membangkitkan kembali DC dalam dunia sinematik superhero.Ā Ā 

Seperti tajuknya,Ā Black AdamĀ memperkenalkan watak popular komik DC ke layar perak, dan watak itu bukanlah calang-calang kerana Black Adam merupakan antara watak paling berkuasa dalam dunia DC.

Sebagai filem pemula bagi watak Black Adam, penonton disajikan dengan pengenalan ringkas mengenai watak itu dimana kita dibawa mengimbau 5,000 tahun ke belakang di kota pertama yang diperintah manusia, Kahndaq.


Disitu, kita melihat bagaimana Black Adam pertama kali muncul dalam menentang kerajaan yang kejam dan zalim. Bergerak pantas ke hadapan, iaitu pada masa kini, Kahndaq, seperti zaman dahulu kala, masih lagi bergolak dan kota itu kini dikuasai organisasi tentera upahan yang dikenali sebagai Intergang.

Adrianna, seorang bekas profesor yang berjuang menentang penindasan, sedang mencari satu artifak purba dan mahu menyembunyikan artifak itu dari Intergang. Ketika berada di sebuah gunung, dimana artifak itu ditemui, dia telah dikepung segerombalan tentera upahan, memaksanya membaca mantera yang membangkitkan kembali Black Adam.Ā 

Black Adam, yang telah tidur selama ribuan tahun, mula mengamuk, membunuh kesemua tentera upahan dan dalam masa yang sama menyelamatkan Adrianna.

Amukan wira purba itu telah mendapat perhatian Amanda Waller, ketua organisasi Task Force X, yang kemudiannya mengarahkan Justice Society of America (JSA) untuk pergi ke Kahndaq, dan menangkap Black Adam sebelum pekara lebih buruk berlaku kepada penduduk Bumi.

Masih lagi dalam keadaan keliru selepas bangkit ‘tidur’, Black Adam bukan sahaja membantu Adrianna dan anak wanita itu, Amon, dari ditangkap Intergang, malah dia turut berhadapan dengan adiwira-adiwira dari JSA yang ingin menangkapnya.Ā 

Jika diamati plot filem ini, ianya hampir sama seperti filem pertama Shazam!, dimana penjahat sedang mencari artifak purba, dan watak utama cuba menghalang penjahat dari melepaskan kejahatan di dunia ini. Yang membezakannya, adalah nada filem –Ā Black AdamĀ jauh lebih serius dan konflik berbandingĀ Shazam!

Secara jujurnya, tiada apa yang begitu istimewa pada jalan cerita filem ini, melainkan anda melihat plot tipikal filem superhero.

Meskipun begitu, terdapat beberapa isi penting yang menjadikan Black AdamĀ lebih menarik seperti penjelasan asal usul Black Adam yang didedahkan secara berperingkat serta ‘twist’ yang membawa kepada pertarungan sebenarnya antara watak utama dan antagonis.Ā 

Satu lagi pekara yang membezakanĀ Black AdamĀ danĀ Shazam!Ā ialah, filem ini masih ‘menyimpan’ kuasa Adrianna dan, Amon – tidak seperti Shazam! yang terus menunjukkan adik-beradiknya memiliki kuasa. Berdasarkan komik, kedua-dua watak itu memiliki kaitan rapat dan memiliki kuasa yang hampir serupa dengan Black Adam.

Mungkin kita akan melihat Black Adam menurunkan kuasanya kepada kedua-dua watak ini dalam filem kedua atau seterusnya, jadi untuk filem pertama, kita nikmati kekuasaan pahlawan rakyat Kahndaq ini.

Walaupun menyajikan jalan cerita tipikal, barisan penulis skrip, dan pengarah Jaume Collet-Serra (dan mungkin juga The Rock) tahu apa yang dimahukan peminat. Plot yang tipikal boleh membosankan penonton, jadi mereka menyelitkan aksi-aksi yang menarik untuk dinikmati para penonton, baik peminat filem buku komik, atau kepada mereka yang sekadar menonton bagi merehatkan minda.

Statusnya Black Adam sebagai anti-hero benar-benar ditunjukkan dalam filem ini dimana dia tidak segan silu mencederakan, atau membunuh semua lawannya. Kehadiran Justice Society of America juga menunjukkan dengan jelas perbezaan antara adiwira dan anti-hero, dengan Hawkman jelas sekali sangat bengang dengan kesombongan Black Adam.Ā 

Terima kasih juga kepada Dwayne ‘The Rock’ Johnson yang berjaya menghidupkan watak Black Adam. Dia sememangya tidak mempunyai masalah untuk membawa watak hero yang mencederakan musuh, tetapi dalam filem kali ini, The Rock seolah-olah memiliki lebih banyak kebebasan untuk, bukan sahaja mendatangkan kecederaan, tetapi membunuh lawannya.Ā 

The Rock mungkin watak utama dalamĀ Black Adam,Ā tetapi beberapa watak lain berjaya mencuri perhatian, seperti Aldis Hodge, yang memainkan watak ketua JSA, Hawkman dan Noah Centineo dengan peranan komiknya sebagai Atom Smasher. Sekali pandang, kostum Atom Smasher hampir serupa denganĀ Deadpool,Ā dan karakternya juga boleh dikatakan menjadi ‘penenang selepas babak-babak tegang dan serius.’Ā 

Meskipun filem ini diberi rating PG-13, ia tidak bermakna kita tidak dapat melihat aksi-aksi ganas lagi menarik. Black AdamĀ memberikan aksi yang menjangkaui had PG-13, dan menghampiri rating ‘R’, dengan visual yang ‘dark’ – mengikut acuan ‘gelap’ DCEU – dan adegan-adegan gerak perlahan yang memperincikan aksi kejam Black Adam terhadap musuhnya. Penonton pastinya merasa puas melihat setiap aksi yang disajikan dalam filem ini.Ā 

Cuma yang sedikit ‘potong’, terdapat penggunaan kesan pengimejan komputer yang kelihatan kurang berkualiti. Terdapat beberapa bahagian yang penonton boleh rasakan seperti ‘kartun’. Pendek kata, CGI-nya tidak ubah seperti kita melihat pertarungan Black Panther dan Erik Killmonger.

Bahagian ketiga filem tidak begitu ‘bombastik’ meskipun kita akhirnya diberikan sebab kenapa Black Adam harus wujud di muka bumi ini. Sepanjang perjalanan filem kita tidak dapat melihat lawan sebenar Black Adam, sehingglah kemunculan Sabbac, pahlawan yang mewakili syaitan.

Walaupun penampilan Sabbac agak lama, pertarungannya terbahagi kepada dua, dengan antagonis itu melawan Dr. Fate terlebih dahulu sebelum bertembung dengan Black Adam. Namun begitu, harapan untuk melihat pertarungan kedua-dua pahlawan itu – ala Superman vs General Zod – tidak kesampaian kerana pertarungan mereka agak singkat, dan penjahat dari neraka itu sangat mudah ditewaskan oleh Black Adam.

Walaupun menyampaikan jalan cerita tipikal (mungkin berulang), Black Adam mungkin mendapat sokongan padu penonton, khususnya yang meminati The Rock dan DC. Filem ini memberikan banyak pekara yang dimahukan peminat, dari aksi hinggalah pahlawan yang tidak terikat dengan kod adiwira. Namun, apa yang pasti, para penonton akan teruja dengan adegan ‘mid-credit’ filem ini, sekaligus membangkitkan rasa tidak sabar untuk menonton filem keduaĀ Black Adam.Ā 

Rating Kakimuvee

3.5/5

Ulasan ini telah disunting pada 20 Oktober 2022.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem ā€œSuperman Liveā€ Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee