Review

Review Filem: Bigil (2019)

Views

AMARAN SPOILER!!!

Sebuah filem Tamil yang menemui para peminat bersempena dengan Deepavali pada Oktober 2019 baru baru ini. Filem ini mengisahkan tentang seorang pemain bola sepak yang dikenali dengan nama Bigil. Pada asalnya, dia merupakan seorang pemain bola sepak Tamil Nadu yang digeruni dan disanjungi oleh masyarakat sekeliling. Bigil merupakan seorang anak kepada ketua geng “rowdy” yang digeruni oleh masyarakat sekitar. Bigil pada asalnya dijadualkan untuk berlepas ke luar negara bagi mengikuti sebuah latihan untuk mewakili India akan tetapi pada hari beliau ingin berlepas ke luar negara, bapa beliau telah dibunuh di hadapan matanya sendiri dan oleh kerana itu, beliau telah bertekad untuk melompat keluar daripada kereta api yang dinaikinya dan terus menolong bapanya sendiri menentang samseng samseng yang lain yang menyerang bapanya itu.

Oleh kerana tragedi tersebut, Bigil telah melupakan hasratnya untuk terus bersinar dalam arena sukan bola sepak negara dan meneruskan karier bapanya sendiri di kampung.

Pada suatu hari, rakan baik kepada Bigil telah membawa pulang satu kumpulan bolasepak wanita untuk dilatih bagi menyertai sebuah liga peringkat kebangsaan, akan tetapi dalam perjalanan Bigil dan rakannya itu pulang ke rumah, mereka telah diserang oleh sekumpulan samseng dan menyebabkan rakan kepada Bigil diserang dan lumpuh seluruh badan akibat kecederaan pada saraf tunjangnya. Hal ini telah menyebabkan tanggungjawab jurulatih iaitu rakannya itu telah diserahkan secara tidak langsung kepada Bigil.

BACA:  Along With The Gods : The Two Worlds Review

Setelah beberapa perkara yang berlaku, maka bermulalah tanggungjawab Bigil bagi membimbing pasukan bola sepak wanita itu menuju kejayaan dalam liga yang mereka sertai.

Filem yang menampilkan Superstar Vijay sebagai watak utama ini merupakan sebuah filem yang bercorakkan inspirasi dengan menggunakan sukan sebagai “plot device” untuk menyampaikan mesejnya yang tersirat. Sepertimana filem filem tamil yang lain, filem Bigil ini juga tidak melepaskan peluang untuk memuatkan babak bagi menyanjung watak superstar itu sendiri dan dalam filem Bigil ini sendiri sebelum plot mereka berjalan, pihak produksi meluangkan masa hamper 30 minit yang pertama bagi memberi laluan penghargaan kepada watak Superstar Vijay ini sendiri dan babak 30 minit pertama ini dilihat memberikan kepuasan aksi dari segi visual dan audio maksimum kepada penonton. Hal ini tidak terhad kepada babak penghargaan Superstar sahaja namun ia diteruskan dengan sehingga ke akhir filem ini sendiri dan perkara ini sudah tentunya seperti menyuapkan sebanyak mungkin kepuasan dan “cinematic experience” kepada penonton.

Akan tetapi, walaupun audio dan visual filem ini dilihat tampil dengan begitu cemerlang dalam penyediaannya, namun dari segi jalan ceritanya dilihat agak meleret dan sesetengah dilihat agak “over developed”. Selain lagu – lagu yang disediakan bertujuan memberi anda ruang untuk ke tandas, babak babak yang “over developed” ini juga dilihat adalah penyumbang kepada penggunaan masa yang agak lama bagi filem ini sendiri.

BACA:  Ghost In The Shell Review

Akan tetapi, filem Bigil ini sendiri adalah sebuah filem bercorakkan inspirasi yang agak unik untuk ditonton dan ia mampu memberikan anda kepuasan maksimum audio visual sekiranya anda menontonnya di pawagam.

RATING KAKIMUVEE : 7/10

shares