Genre : Horror
Durasi : 1 Hour 30 Minutes
Edaran : TGV Pictures
Pelakon : Beyzanur Mete, Gizem Takma, Esma Soysal
Arahan : Alper Mestçi
Sebuah filem yang diarahkan oleh Pengarah yang sama mengarahkan Series Siccin dari Turki, tampil dengan buah tangan terbaru beliau yang diinspirasikan dari kisah benar. Beddua atau atau membawa maksud Sumpahan menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 4 Oktober 2018.
Mengisahkan tentang perihal 4 orang rakan sekelas yang mengalami kejadian aneh setelah salah seorang daripada rakan mereka telah ditangkap oleh seorang wanita tua yang dikenali sebagai Hazel. Hazel dikenali oleh penduduk setempat sebagai penyihir gila yang tinggal di sebuah rumah usang berhampiran kawasan kediaman mereka. Mereka mendakwa bahawa Hazel telah melakukan sesuatu pada ketika dia menangkap Melek iaitu salah seorang daripada 4 sekawan ini tadi. Hidup Melek akhirnya bersisa hanya diatas kerusi roda dalam keadaan yang kejung seperti pesakit angin ahmar (stroke).

Sementara itu, 3 orang rakan Melek yang lain menjalani kehidupan mereka seperti biasa, ada yang meneruskan bisnes keluarga dan tidak kurang juga yang membawa hal sendiri jauh dari daerah asalnya. Kehidupan mereka bertiga berubah pada suatu ketika apabila Melek sering dikunjungi secara rahsia oleh Hazel iaitu penyihir itu tadi. Hazel dilihat seolah – olah meletakkan jampi keatas Melek dan menjadikan Melek semakin teruk dan 3 rakannya yang lain sering diganggu oleh entiti yang sangat dasyat bersama wanita sihir itu sendiri.
Konflik demi konflik dihidangkan kepada penonton dan dibawa sebentar kepada peleraian di mana bapa kepada Melek telah membawa Melek untuk diubati dengan seorang Ustaz yang berada tidak jauh dari kediaman mereka. Selesai sesi berubat tersebut, ustaz tersebut telah menjelaskan bahawa kes Melek agak rumit.
Untuk mengetahui hal seterusnya maka adalah digalakkan untuk anda semua menontonnya di panggung sekarang. Aku tak nak bocorkan semuanya kat sini…
Beddua merupaka sebuah karya dari Turki yang tampil dengan garapan ilmu hitam sebagai konsep asas filem ini. Permulaan filem ini, pihak produksi memberikan tona filem yang agak “dark” dan teknik “almost-storytelling” yang baik. Namun begitu, “pacing” nya yang agak perlahan pada permulaan filem ini mungkin akan menimbulkan rasa bosan penonton kerana disamping pergerakannya yang perlahan, penonton juga akan terus tertanya – tanya apakah sebenarnya yang sedak berlaku dalam kisah ini.
Plot yang terdapat dalam filem ini boleh dikategorikan sebagai “biasa – biasa” sahaja namun skor muzik, jumpscare serta twist yang ada telah menambahkan kekuatan filem ini untuk bersaing dengan nama nama besar yang telah sedia ada dalam tayangan sekarang dan boleh dikatakan sehingga kini filem Beddua ini mampu “menepis segala jumpscare yang ada dalam semua filem bermula 1 Januari 2018 sehingga 3 Oktober 2018” . Muzik skor yang diberikan juga agak unik bersama sama dengan visualnya yang “half disturbing” mengingatkan kepada sebuah filem yang pernah dihasilkan oleh produksi lain iaitu Killing Of The Sacred Deer. (Aku mampu bertahan selama 20 minit tengok filem ni kemudian aku off – hahahahah)
Boleh dikatakan pihak produksi telah menggunakan sehabis baik penggunaan visual dan audio dalam usaha mereka memberi kepuasan kepada peminat filem horror seantero dunia.
Anda minat jumpscare?
Anda minat music score yang disturbing?
Maka filem Beddua ini adalah sebuah filem yang perlu anda tonton bulan ini.
Rating Kakimuvee : 8/10
Pendapat peribadi : kalau nak bagi jumpscare… Bagi kaw kaw macam dalam filem Beddua ni… Hahahah… Kalau setakat fake jumpscare… Baik kau bersara buat filem… Tanam jagung.