Review

Review Filem: Bad Boys For Life (2020)

Views

AMARAN SPOILER!!!

2020 ini Sony Pictures kembali lagi dalam bulan Januari dengan menampilkan buah tangan terbaru mereka iaitu Bad Boys 3 atau dikenali dengan tajuk Bad Boys For Life bercorakkan police buddy yang sepertimana dipaparkan dalam filem filem sebelum ini.

Kali ini mengisahkan tentang dendam yang ingin ditebus oleh seorang pengedar dadah yang sebelum ini telah berjaya ditumpas oleh pihak polis. Dendam itu dilunaskan oleh anak kepada isteri ketua pengedar dadah yang telah pun mati. Dalam pada masa yang sama kedua orang polis ini telah menerima satu skuad baru yang dianggotai oleh anggota anggota polis yang muda yang mana lebih cekap dalam mengendali teknologi teknologi terkini berbanding kedua polis tersebut yang lebih “oldskool”.

Kejadian demi kejadian telah berlaku dalam bandar tersebut sehingga membawa kepada kes tembakan salah seorang daripada anggota polis yang menyiasat kes sebelum ini. Dengan bantuan teknologi dan kecekapan pasukan baru ini, mereka telah berusaha untuk menjejak dalang kepada kes kes pembunuhan beberapa individu ternama sebelum ini.

Bad boys 3 pada kali ini jika dilihat sepintas lalu mempunyai “signature visual” Micheal Bay dan juga beberapa editing visual yang dilihat seolah seolah menonton filem hasil suntingan Micheal Bay.

Selain daripada visual yang penuh dengan aksi, jalan cerita pada kali ini dilihat agak mudah difahami dan boleh dikatakan sebagai tipikal kerana bermotifkan dendam dan sudah pasti apabila bermotifkan dendam, jalan ceritanya sememangnya boleh dijangka.

Secara keseluruhannya Bad Boys pada kali ini dilihat lebih kepada “pop corn” movie yang memberikan penuh aksi dan letupan dengan jalan cerita yang mudah dihadam serta ditambah dengan beberapa adegan yang mungkin agak menjengkelkan bagi sesetengah penonton. Filem Bad Boys pada kali ini juga nampaknya tidak akan terhenti disini kerana di akhir filem ini sendiri telah memberikan “hint” kepada penonton bahawa sequel akan disajikan kepada semua.

Sebuah lagi filem yang kurang bagus dari Sony untuk 2020 ini.

Review overview

RATING KAKIMUVEE7

VERDICT

7Sebuah lagi filem yang kurang bagus dari Sony untuk 2020

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks