Review

Review Filem: Baaghi 3 (2020)

Views

Amaran Spoiler!!! Diwajibkan baca ulasan terlebih dahulu ūüôā

Banyak perbincangan diantara saya dan rakan-rakan review filem sebelum dan selepas menonton filem¬†Baaghi 3.¬†Rata-rata daripada kami bersetuju untuk meninggalkan ‘akal fikiran logik’ kami diluar panggung wayang semata-mta untuk cuba ‘enjoy’ dengan filem lakonan Tiger Shroff ini. Dan..¬† ‘guess what..?!” ternyata sekali kami semua sangat terhibur dan berpuas hati dengan filem ini walaupun terdapat banyak pekara yang diborakkan selepas tayangan.

Apa yang bagusnya tentang francais Baaghi adalah hubungkait diantara filem-filem dalam dunianya. Boleh dikatakan, tidak banyak kaitan diantara Baaghi 3 dan filem-filem sebelumnya, jadi peminat tidak mempunyai sebarang masalah untuk menonton filem sekirannya tidak pernah menonton dua filem sebelumnya.

Jika filem pertama Ronny (Tiger Shroff) ingin membalas dendam terhadap pembunuh ‘father figure’nya dan yang dikedua dia berhadapan dengan sindiket pengedaran dadah, filem kali ini menyaksikan Ronny menentang seluruh negara selepas abangnya, Vikram (Riteish Deshmukh) diculik kumpulan pengganas antarabangsa.

Seiring dengan cerita yang memberi fokus kepada Vikram, Baaghi 3 memulakan penggembaraan Ronny dengan babak flashback yang menunjukkan dia menerima amanat dari bapanya untuk menjaga Vikram. Walaupun ia sekadar babak flashback, penceritaannya yang panjang memberikan satu emosi yang cukup sedih kepada penonton.

Selepas bermukadimah tentang hubungan ‘brotherhood’ diantara Ronny dan Vikram, baru penonton dapat menyaksikan plot filem yang sebenar yang menjurus kepada kes penculikan abangnya oleh pengganas antarabangsa. Sebagai seorang adik yang sangat melindungi, Ronny telah menyokong Vikram untuk menjadi pegawai polis dan banyak membantunya menyelesaikan kes-kes besar iaitu kes penculikan yang sebelum ini gagal diselesaikan. Namun, apa yang tidak diketahui oleh Ronny dan Vikram, kes-kes penculikan itu berkait dengan sindiket pengganas antarabangsa yang sering menggunakan mangsa culik untuk dijadikan pengebom berani mati.

Jika menuruti kehendak kritik filem, Baaghi 3 boleh dikatakan sangat mengarut! tetapi jika sekadar untuk menghiburkan hati, ianya sangat berbaloi dan menghiburkan. Pelbagai unsur dimasukkan dalam filem ini, ada yang dramatik, sedih dan ada juga lawaknya, tetapi unsur utamanya, iaitu adegan aksi benar-benar memberi keterujaan kepada penonton. Meskipun segala adegan dalam filem ini diluar kotak pemikiran penonton, ia memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga.

BACA:  Review Drama Korea: Signal (2016)

Aksinya cukup ‘intense’ dengan beberapa syot ‘slo-mo’ yang cukup cantik. Selain pertunjukan badan Tiger Shroff yang ‘berketak-ketak’, ketidaklogikan adegan aksinya yang tiada ‘obat’ menjadi salah satu faktor penonton bersorak setiap kali melihat Ronny membelasah lawannya. Jika Ronny ini wujud dalam dunia ‘superhero’, dia adalah Captain India yang memiliki pelbagai ‘superpower’. Terdapat beberapa adegan yang saya perasan seperti ‘homage’ kepada karakter-karakter adiwira Marvel / DC, misalnya Captain America, Hulk, Spider-Man, Shazam! dan juga Wonder Woman. Sukar untuk saya gambarkan bagaimana Ronny beraksi seperti adiwira dalam penulisan ulasan ini, tetapi jika anda meminati filem-filem superhero, pasti dapat menangkap maksud yang cuba saya sampaikan.

Dari segi plot, penceritaan Baaghi 3 boleh dikatakan ‘OK’ meskipun terdapat sedikit ‘draggin’. Unsur-unsur komedi sebenarnya banyak membantu dari segi pembinaan penceritaan. Komedi-komedi tipikal Bollywood masih lagi memberi ketawa besar kepada penonton. Kombinasi humor dan aksi¬†Baaghi 3 sebenarnya banyak membantu mengalih perhatian penonton dalam menilai penceritaan dan ketidaklogikan filem ini. Cuma selepas ‘intermission’, penceritaanya menjadi lebih dramatik dan serius, tetapi agak ‘cringe’.

Selain itu juga, kelemahan suntingan filem semakin jelas kelihatan selepas ‘intermission’, iaitu semasa Ronny berada di Syria untuk menyelamatkan abangnya. Meskipun pengarahnya cuba menutup dengan adegan-adegan aksi yang cukup jitu, ia masih gagal mengelakkan penonton perasan akan kelemahan teknikal ini. Berbanding semasa plot di India dimana terdapat beberapa kelemahan suntingan filem, ianya masih boleh ditutup dengan gabungan unsur-unsur komedi dan aksi.

BACA:  Review Filem: Syif Malam Raya (2020)

Secara keseluruhannya,¬†Baaghi 3¬†adalah filem bagi mereka yang inginkan sesuatu yang santai apabila berada di panggung wayang. Saya yakin, anda pasti akan terhibur sepanjang menonton filem ini, tetapi dengan syarat! tinggalkan segala kelojikan akal fikiran sebelum memasuki panggung wayang. Untuk lebih afdal dan lebih menghiburkan, bawalah rakan-rakan anda yang mudah terhibur, nescaya anda semua bersama-sama menjerit Ronnyyyyyyyy! didalam pawagam itu nanti. Bagi geng-geng Kakimuvee, kami memberikan rating 8/10 untuk ‘entertainment value’, tetapi rating sebenar anda boleh lihatnya dibawah.

RATING KAKIMUVEE: 5/10

Review overview

RATING KAKIMUVEE5

VERDICT

5Tiada apa yang logik bila menonton Baaghi 3, tetapi hiburannya pasti memberikan satu kepuasan maksimum kepada penonton!

Tinggalkan Balasan

shares