Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Annaatthe (2021)

(AMARAN SPOILER)

Sepertimana biasa setiap perayaan akan ada filem filem yang diterbitkan oleh pihak produksi tertentu. Deepavali 2021 kali ini tidak terkecuali. Filem Annaatthe mula menemui para peminat di pawagam Malaysia awal November 2021. Tiada apa yang lebih istimewa berkenaan filem ini selain pelakon utamanya iaitu Superstar Rajnikanth yang menjadi kegilaan ramai terutamanya di negara India juga tidak ketinggalan di Malaysia. Sebut sahaja nama Rajnikanth, semua kaum di Malaysia mengenalinya.

Filem Annaatthe pada kali ini mengenengahkan isu kekeluargaan di mana kasih sayang seorang abang terhadap adiknya yang tiada berbelah bahagi. Konflik bermula apabila tiba masa perkahwinan adiknya dan adiknya itu menghilangkan diri pada saat saat akhir majlis perkahwinan itu hendak dilangsungkan. Hal ini adalah kerana adiknya mempunyai pilihan hatinya sendiri dan tidak bersetuju untuk berkahwin dengan pilihan abangnya.

Kerana kasih akan adiknya, abangnya melepaskan adiknya untuk mengikuti haluannya sendiri. Selamat berkahwin dengan pilihan hati dan menjadi suami isteri, mereka terjebak pula dengan ugutan dari seorang yang berpengaruh dan berniat jahat dalam syarikat mereka. Konflik dalam filem ini berterusan sehingga melibatkan campur tangan abangnya dalam kehidupan rumahtangga mereka serba sedikit.

Sebut sahaja Rajnikanth, sudah pasti ramai di antara kita terbayang akan turutan aksi yang tidak masuk akal dan sudah tentu anda akan dapat menonton perkara tersebut dalam filem kali ini. Mungkin beza dengan filem yang lain atau sama akan tetapi, Superstar Rajnikanth lebih kebal dalam filem kali ini dan hampir tidak merasai kekalahan walau sekejap. Babak kekalahan itu ada namun ia adalah pilihan watak Rajni sendiri dan bukannya kerana pihak musuh kuat.

1st act filem ini dilangsungkan dalam pacing yang begitu laju seperti anda diseret oleh seekor kuda yang berlari tanpa sempat anda betulkan kaki anda yang terseret di tanah. Sejam yang pertama anda berkemungkinan akan merasa sedikit pening kepala dengan kelajuan yang diberikan dalam filem ini. 2nd act yang diberikan pula agak mendatar dan aksi serta karisma Rajinikanth dapat dilihat pada 3rd act sehingga selesai filem.

Sedikit hampa kerana babak pengenalan Superstar dalam filem kali ini tidak begitu ummpphhh seperti filem filem yang lain. Hal ini secara tidak langsung mengingatkan saya kepada filem Darbar yang mempunyai Superstar Intro Scene yang begitu epik dan padu. Perkara ini mungkin tidak penting bagi sesetengah pihak namun bagi saya ia cukup penting kerana ia membezakan budaya filem Tamil dengan filem filem lain.

Secara keseluruhannya, filem Annaatthe ini bukanlah sebuah filem yang bagus namun ia tidak juga begitu teruk dan mampu menjadi pengubat rindu kepada peminat peminat Rajnikanth untuk melihat beliau beraksi di layar gergasi.

Akhir kata, filem Annaatthe adalah sebuah filem yang kuat bermain dengan falsafah kehidupan dan juga sebuah filem kekeluargaan yang begitu melodramatik.

Rating Kakimuvee

2.5/5

Related posts

Review Filem: Raging Fire (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Rumah Madu Ku Berhantu (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Maanaadu (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Venom: Let There Be Carnage (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Cursed: Dead Man’s Prey (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Bunty Aur Babli 2 (2021)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment