Review Filem: Anna (2019)

613
views

 

AMARAN SPOILER!!!

Anna. Sebut ia dengan gaya Russia dan bukannya Amerika. Sebuah filem bercorakkan aksi yang menggunakan konsep spy sebagai konsep utamanya dan ini bukan kali pertama filem berkonsepkan spy di hasilkan bahkan telah mencapai ribuan filem sepertinya. Apa yang menjadikan Anna ini lain daripada filem spy yang lain adalah “execution of concept”nya sendiri.

Penceritaan dibuka dengan Memaparkan kisah hidup Anna yang merupakan anak kepada salah seorang tentera dan kini hidupnya terumbang ambing dalam ketidaktentuan arah sehinggalah salah seorang daripada agen perisikan di Moscow menawarkannya pekerjaan. Anna kemudiannya menerima tawaran tersebut dan diberikan pelbagai tugasan yang sangat mencabar namun berjaya dilakukan dengan begitu baik olehnya.

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua dan begitulah diibaratkan nasib Anna ketika melakukan satu operasi dan identitinya berjaya dibongkar oleh CIA dan kini dia berkhidmat pula untuk CIA sehingga satu peristiwa yang membolehkan beliau mencapai misi utama beliau iaitu kebebasan dalam kehidupan.

Review ini hanyalah sedikit gambaran kepada anda semua tentang filem Anna dan sekiranya anda inginkan lebih lagi maka anda boleh menontonnya sendiri di pawagam terdekat.

Seperti mana yang telah diberitahu awal tadi, “execution of concept” filem Anna sendiri sebenarnya menjadikan ia sebagai sebuah filem spy yang lain daripada yang lain.
Pihak produksi bermain dengan aturan masa sama sepertimana yang kita semua dapat lihat dalam filem Dunkirk pada suatu masa dahulu dan setiap penggunaan masa itu disertakan sekali dengan plot twist yang mungkin mampu kita teka dan betul… Atau mungkin akan salah sama sekali.

Sememangnya pergerakan jalan cerita sebegini tidak membosankan penonton di samping aksi lakonan yang diberikan juga cukup mantap dan sesekali terimbau gerakan aksi Natasha Romanoff dalam mana mana filem Avengers.

Rating Kakimuvee : 9/10

Tonton Review kami di laman Youtube

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here