Review

Review Filem: All’s Well, Ends Well (2020)

Views

AMARAN SPOILER!!!

Sebuah lagi filem bersempena dengan Tahun Baru Cina menemui penonton di pawagam pada Januari 2020. Filem ini sebelum ini telah dikeluarkan dalam beberapa versi pada tahun yang berlainan antaranya adalah pada tahun 1992, 1997, 2009, 2012 dan yang paling terkini adalah pada tahun 2020.

Filem All’s Well, Ends Well ini mengisahkan tentang tiga beradik yang mengalami masalah masing masing dalam kehidupan, abang sulungnya bercerai dengan isteri. Adiknya pula selalu terjerat dalam percintaan atas talian dan yang bongsu selalu mempermainkan wanita. Mereka mempunyai kerjaya mereka yang tersendiri dan pada suatu hari mereka telah berjumpa dengan seorang wanita yang begitu hebat dalam permainan poker.

Berkenan dengan cara wanita tersebut mengenakan muslihat kepada si lawan, tiga beradik ini telah berpakat untuk memperdaya wanita tersebut dalam satu permainan yang telah pun dirancang oleh mereka bertiga. Setelah berhempas pulas saling memperdaya antara satu sama lain, mereka akhirnya bersama – sama mewujudkan satu pakatan untuk memperdaya “jerung” yang lebih besar.

BACA:  Review Filem: Dolittle (2020)

Filem ini dibina atas platform genre komedi aksi yang dilihat agak berkesan namun kelemahannya adalah sentiasa menggunakan lawak – lawak dewasa yang mana dilihat agak kurang sesuai memandangkan filem ini adalah filem yang diterbitkan sempena musim perayaan untuk tontonan seisi keluarga.

Konsep lawak filem ini sendiri sebenarnya dapat sahaja ditangkap oleh penonton kerana ia datang bersama dengan visual yang membantu. Namun, telah menjadi lumrah kepada sesebuah filem yang konfliknya dimulakan terlalu awal, pihak produksi dilihat sedikit gagal untuk mengekalkan momentum jalan cerita sehingga akhir yang dilihat ada babak babak yang agak meleret.

Pengenalan dan perkembangan watak juga dilihat dapat disampaikan dengan cara yang bersahaja dan watak watak penting yang menjalankan jalan cerita juga tidak komplikated dan agak lancar serta tidak menyerabutkan para penonton.

Secara keseluruhannya, All’s Well, Ends Well ini merupakan sebuah filem yang sesuai untuk ditonton pada musim perayaan ini sekadar untuk memecahkan kesunyian serta membuatkan anda tidak perlu untuk memikirkan apa yang terjadi di layar putih sebaik sahaja anda keluar dari dewan tayangan pawagam.

BACA:  Review: ROCK 4 - Rockers Never Dai!

Rating Kakimuvee : 6/10

Review overview

RATING KAKIMUVEE6

VERDICT

6filem yang sesuai untuk ditonton pada musim perayaan ini sekadar untuk memecahkan kesunyian serta menghiburkan anda

Tinggalkan Balasan

shares