Review Filem Aladdin

236
views

AMARAN SPOILER.

Sebuah lagi filem remake daripada Disney iaitu Aladdin telah menemui peminat 2019 ini.
Mengisahkan tentang kehidupan seorang kutu rayau yang dikenali sebagai Aladdin yang tinggal di sebuah negara di Timur Tengah.

Pada suatu hari, beliau telah berjumpa dengan seorang wanita yang mendakwa beliau adalah pekerja di Istana merangkap dayang kepada Puteri.

Konflik bermula apabila, pada suatu malam Aladdin telah memecah masuk istana tersebut untuk memulangkan barang kepada wanita tadi dan akhirnya beliau telah ditangkap oleh Hulubalang istana dan Ketua Panglima iaitu Jafar telah membawa Aladdin ke sebuah Gua untuk mengambil sebuah harta yang sangat bernilai iaitu lampu ajaib.

Hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk memasuki Gua tersebut dan Aladdin menerokanya seorang diri bersama Abu iaitu monyet peliharaannya. Dengan tidak sengaja, Aladdin telah mengejutkan jin yang berada di dalam lampu tersebut dan jin itu kini berkhidmat untuknya.

Dengan bantuan jin tersebut, mampukan Aladdin mendapatkan cinta wanita yang beliau dambakan itu? Jawapannya ada di pawagam terdekat anda.

Remake pada kali ini asalnya memberi satu pandangan yang kurang manis setelah melihat pandang pertama Will Smith sebagai Jin dalam filem ini. Namun setelah melihat prestasi yang diberikan dalam filem ini, ia tidaklah seteruk yang dijangkakan.

Sebuah filem yang cukup warna warni sepertimana tipikal filem Disney yang lain dengan jalan ceritanya yang terus kepada isi menjadikannya sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat.

Akan tetapi lakonan penjahat yang bernama Jafar dilihat agak tenggelam lebih lebih lagi terdapat watak lain dalam babak beliau menjadikan aura penjahat dalam filem ini agak suram. Namun itulah dia… Disney 😂.

Susunan lagu yang cukup menghiburkan juga harus diberikan kredit walaupun ada sesetengah lagu yang membosankan, akan tetapi itu tidak dapat dielakkan kerana filem ini adalah sebuah filem musikal.

Anda dah tengok?
Komen?

Sekian.
Rating Kakimuvee : 7.5/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here