Review

Review Filem: Abigail (2019)

Views

AMARAN SPOILER!!!

Tahun 2019 kali ini terus dimeriahkan dengan kemunculan filem filem dari serata negara dan produksi dari Russia juga tidak melepaskan peluang dalam menawarkan buah tangan mereka dalam industri filem antarabangsa. Selepas filem The Mermaid : Lake Of The Dead baru baru ini, sebuah lagi produksi dari negara tersebut menawarkan sebuah filem bercorakkan fantasi iaitu Abigail. Sepintas lalu apabila melihat trailer-nya seolah – olah trailer dari sebuah filem Disney dan ini bermakna pasukan promosi filem ini begitu berjaya dalam mewujudkan visual promosi kepada penonton. Namun adakah filemnya sebaik trailernya?

Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang tinggal bersama ibunya setelah kematian bapanya sepertimana yang telah diberitahu oleh ibunya serta para inspektor. Tanpa diduga, beliau telah terlibat dalam satu kancah konflik antara kerajaan dan juga mereka yang mempunyai kuasa magis namun telah ditafsirkan oleh pihak kerajaan sebagai “mereka yang dijangkiti”. Setelah mengetahui perkara tersebut, wanita ini tadi telah berusaha untuk mencari bapanya yang kini dia yakin masih lagi hidup. Sepanjang pencarian tersebut, wanita ini iaitu Abigail telah bertemu dengan sebuah penempatan yang menempatkan golongan magis ini tadi.

Abigail kemudiannya telah bertemu dengan seorang lelaki yang mula memperkenalkan kepadanya serba sedikit berkenaan perkara magis ini dan hal yang diselindungkan oleh pihak kerajaan daripada orang ramai. Setelah itu, Abigail juga kerap mengalami mimpi bertemu dengan bapanya dan mengimbau kembali kisahnya semasa kecil. Daripada mimpi dan “flashback” yang dialami tersebut jugalah yang membantu beliau untuk menjejak bapanya yang telah hilang sekian lama.

BACA:  Lebuhraya Ke Neraka Review

Ikuti kisah selanjutnya di pawagam terdekat anda. Abigail.

Filem pada kali ini bertemakan magis yang dilihat lebih berat sekiranya ingin dibandingkan dengan filem magis saga terkenal iaitu Harry Potter dan juga filem prequel kepada Harry Potter iaitu Fantastic Beast. Tiada jampi serapah yang dibaca oleh watak watak dalam filem kali ini, hanya penggunaan mesin yang menyalurkan tenaga magis dari dalam badan pemiliknya.
Konsep filem kali ini dilihat sangat menarik kerana sangat jarang bagi produksi produksi filem mengeluarkan filem menggunakan konsep ini. Namun walaupun konsepnya yang menarik, filem ini telah diganggu dengan begitu hebat daripada beberapa aspek yang lain.

Perkembangan jalan cerita dan juga watak utama dilihat sangat lemah dan terlalu mendatar. Bagi sesebuah filem pada kebiasaannya, perkembangan jalan cerita dapat dilihat setelah 15-20 minit pertama namun dalam filem Abigail pada kali ini moment untuk perkembangan watak dan jalan cerita dibazirkan begitu sahaja dan ini sangat mengecewakan bagi penonton yang menonton filem ini. Disebabkan perkara ini, element magis yang ada dalam filem ini hanyalah sekadar hiasan kepada penceritaan dan tidak lebih daripada itu dan element magis itu sendiri juga diperkenalkan dalam bentuk “A” dan ditamatkan dalam bentuk “A” juga. Ibarat memakan satu makanan yang mempunyai hiasan yang berwarna warni, hakikatnya rasanya semua sama.

BACA:  Review Filem: Kuntilanak 2 (2019)

Sepertimana filem filem Russia yang lepas juga, filem Russia pada kali ini juga ditayangkan dalam versi dubbing dan perkara ini menambahkan lagi kebosanan menonton filem ini kerana penonton sudah pasti tidak mendapat perasaan penuh semasa filem ini berjalan. Sehingga kini kami masih belum mendapat jawaban kenapa filem Russia yang masuk ke Malaysia dialih suaranya sedangkan bahasa yang dituturkan oleh pelakon tidak jauh bezanya dengan bahasa Inggeris sekiranya diperhatikan pada gerak bibir mereka berbanding dengan filem filem Turki yang sememangnya tidak menggunakan bahasa Inggeris dan ditayangkan di Malaysia dalam bahasa asal mereka.

Namun sepertimana yang dinyatakan di awal Review ini, tahniah diucapkan kepada “team” promosi filem ini keraba berjaya membuat satu trailer yang cukup hebat dengan memasukkan moment moment yang mampu membuatkan penonton tertarik dan diiringi dengan lagu “Zombie” yang langsung tidak diperdengarkan dalam filem penuhnya walau sesaat sekali pun.

Rating Kakimuvee : 5.5/10

Tinggalkan Balasan

shares