You are here Home » Review Filem: 47 Meters Down: Uncaged

Review Filem: 47 Meters Down: Uncaged

AMARAN SPOILER!!!

Filem pertama 47 Meters Down boleh dikatakan sangat sukses dari segi komersial walaupun ianya berstatus sebagai sebuah filem ‘indie’. Saya juga tidak dinafikan, 47 Meters Down agak menghiburkan dengan adegan-adegan seram dan debaran yang begitu kuat. Kalau tak disebabkan ‘ending’nya yang agak mengarut, sudah tentu saya akan meletakkan filem arahan Johannes Roberts itu sebagai salah sebuah filem bertemakan jerung yang harus anda tonton.

Didorong kejayaan filem pertama, filem sekuel berjudul 47 Meters Down: Uncaged telah dirancang, dan kini sudahpun ditayangkan dipawagam. Sekuel kali ini menyaksikan Roberts dan rakannya, Ernest Riera kembali membina sebuah cerita baru seperti filem pertama, bezanya para ‘survivor’ tidak terkurung didalam kurungan besi.

Seperti filem asal, 47 Meters Down: Uncaged membariskan para pelakon gred B dan salah seorang daripadanya merupakan anak perempuan kepada bintangi filem aksi terkenal, Slyvester Stallone.

Cerita filem ini bermula dengan menunjukkan Mia (Sophie Nélisse) menjadi mangsa buli disekolah. Kejadian tersebut disaksikan kakak tirinya iaitu Sasha (Corinne Foxx). Mia dan Sasha boleh dikatakan tidak ‘sebulu’ walaupun tidak pernah menunjukkan konflik dihadapan kedua ibu bapa mereka. Namun bapanya, Grant (John Corbett) ingin melihat mereka berdua berbaik-baik dan telah merancang aktiviti pada hujung minggu untuk dua beradik tersebut.

BACA:  Review Filem: Ready Or Not (2019)

Namun, seperti filem-filem remaja yang lain, pasti ada rakan-rakan yang membawa pengaruh buruk kepada watak utama. Alexa (Brianne Tju) dan Nicole (Sistine Stallone) telah mengajak mereka untuk pergi kesebuah tempat yang agak terpencil. Setibanya disana, Mia, Shasha dan Nicole agak teruja dengan tempat tersebut yang merupakan sebuah lagun.

Tempat tersebut terdapat peralatan menyelam yang ditinggalkan ayah Mia dan Sasha, sebagai kegunaan pasukan arkeologi yang akan datang ke tempat tersebut untuk tujuan penyelidikan. Nicole agak teruja apabila mengentahui didasar lagun tersebut terdapat laluan ke kota purba yang telah ditenggelami air, lalu dia mempengaruhi rakan-rakannya itu untuk pergi ke kawasan tersebut.

Apa yang mereka sebenarnya tidak tahu, laluan dan kota purba yang telah tenggelam itu terdapat makhluk yang sangat merbahaya, iaitu Jerung Putih dan mereka bakal menjadi makanan tengahari ikan-ikan ganas itu.

Sekuel kali ini menyaksikan adegan ‘jumpscare’ boleh dikatakan agak melampau dari filem pertama. Terdapat beberapa babak yang telah membuatkan penonton ‘tergelak’ kerana cuba untuk menutup malu disebabkan terkejut serupa pondan. Suasana sunyi sepi sebelum kemunculan jerung ganas secara tiba-tiba banyak membantu dalam memberikan kejutan dan ketakutan kepada penonton.

Namun, apa yang saya kurang gemar adalah, terlampau banyaknya babak-babak ‘jumpscare’, telah meminggirkan kepentingan elemen seram dan thriller. Sekuel kali ini sebenarnya berpotensi untuk menjadi seperti filem Don’t Breath ataupun A Quiet Place kerana terdapat kekurangan pada antagonis iaitu tidak dapat melihat tetapi berevolusi dengan menjadi lebih sensitif terhadap bunyi dan pergerakkan.

BACA:  The Incredibles 2 Review

Ada bahagian dalam filem ini yang menunjukkan bagaimana para ‘survivor’ dapat mengenalpasti kelemahan jerung-jerung dan mengekplotasikan kelemahan tersebut. Tetapi sayang, pengarahnya lebih suka untuk menunjukkan gadis-gadis ini dalam keadaan gelabah dan terjerit-jerit, sehingga menurunkan meter debaran, seram dan suspen yang sepatutnya menjadi kunci utama filem ini. Bagaimanapun, suasana klaustrofobik dalam filem ini mampu menyesakkan anda, lebih-lebih apabila diserang jerung.

Kelemahan paling ketara yang ditunjukkan dalam filem ini adalah watak. Banyak watak dibazirkan begitu sahaja, dan membuatkan saya terfikir beberapa watak filem ini sekadar digunakan sebagai makanan untuk para jerung sahaja. Watak Ben (Davi Santos) dan Carl (Khylin Rhambo) misalnya, mereka sepatutnya boleh memberi sumbangan dalam mengembangkan plot, tetapi sebaliknya berlaku.

Dari segi plot, agak biasa, terlampau linear dan tiada plot twist seperti filem pertama. Penyelesaian masalahnya juga tidak menarik dan penamat yang ‘rip off’ dari filem pertama, cuma ditambah dengan jelingan tajam Mia terhadap karakter pembuli diawal filem dengan mesej ‘kau tak boleh buli aku dah lepas ini’. Dari segi logikal, terdapat beberapa pekara yang boleh dipertikaikan, namun sebagai sebuah filem fiksyen, ianya masih boleh dimaafkan, selagi ia tidak berlebih-lebihan.

BACA:  The Doll Review

Secara keseluruhanya, 47 Meters Down: Uncaged masih enak untuk ditonton, terutamanya kepada mereka yang sangat meminati elemen-elemen kejutan dan gemar menyaksikan pemburuan pemangsa jerung terhadap mangsa-mangsa yang dikalangan manusia. Jadi, jangan lupa saksikan filem menarik di dipawagam berdekatan anda.

Rating Kakimuvee: 5/10

Loading...