Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: 10 Tips Tipu Bini (2021)


Industri filem tempatan membuka tirainya menerusi filem 10 Tips Tipu Bini dari pengarah Hero: Jangan Bikin Panas, Azizi ‘Chunk’ Adnan. Filem bertema komedi ini sudahpun memulakan tayangannya di Astro First 7 Januari yang lalu. 

Bertemakan komedi, 10 Tips Tipu Bini mengisahkan tiga sahabat baik, Raffi, Kay dan Jepp, yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkenal di Kuala Lumpur. Namun pada hakikatnya, mereka adalah suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.

Kehadiran tiga gadis cantik yang bekerja sebagai ‘intern’ di syarikat itu membuatkan mereka berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut. Demi melaksanakan niat mereka, masing-masing telah merancang pelbagai penipuan.

Ok, cukup dengan ‘introduction’ yang sopan. 

Secara jujurnya, saya suka dengan judul filem ini kerana ia berpotensi untuk menterjemahkan humor dalam penceritaannya. Judulnya mengingatkan saya tentang filem Madu Tiga, yang menunjukkan gelagat si suami yang mahu beristeri lebih dari satu. Saya tidak mengharapkan 10 Tips Tipu Bini sehebat filem klasik arahan allahyarham P.Ramlee itu, tetapi sekurang-kurangnya memiliki ‘vibe’ seperti gelagat para suami yang menipu ister-isteri mereka. 


Namun, harapan saya hanya tinggal harapan, ideanya menarik, tetapi ‘execution’nya agak mengecewakan. Saya tidak pasti masa silapnya, ada sebab skrip atau pemilihan pelakon yang tidak sesuai. Amat seksa untuk saya habiskan filem ini walaupun Elizabeth Tan menyinari skrin tablet saya. Komedi yang hambar, dialog yang amat janggal, dan paling mengecewakan, lakonan pelakon utamanya.

Saya sudah menjangkakan satu lakonan yang ‘over’ dari Ropie, tetapi Khir Rahman dan Joey Daud amat jauh dari lakonan mereka yang sebenar. Mungkin… mungkinlah.. disebabkan watak Ropie mendominasi skrin, watak Khir Rahman dan Joey kelihatan tenggelam dan gagal menonjolkan komedi yang kelakar. 

Sebenarnya, ‘progress’ ceritanya tidaklah teruk sangat, ada kisah rumah tangga, dan ada juga kisah si suami cuba orang mengorat anak dara orang. Pendek kata, ‘flow’ cerita tu ada, cuma terkurang rempah-rempah komedi dan sebagainya. Selain itu juga, Azizi sempat memasukkan mesej-mesej dakwah dalam penceritaan filem ini. Walaupun mesejnya tidak banyak, ia masih memberi impak kepada penonton, lebih-lebih lagi mesej dakwah itu disampaikan ‘Tok Adi Harley Davidson’. Drama jam 7 juga tidak terlepas dari sindiran, cuma yang ironinya, kedua-duanya sama – kisah curang dan… hambar

Walaupun banyak kekurangan ketara, saya tertarik dengan tip-tip yang dikongsikan Brother Love lakonan Awie. Mungkin ada yang kata tip-tip dalam filem ini mengajar para suami untuk curang, tetapi jika dilihat sebaliknya, ia membongkar rahsia-rahsia lelaki yang ingin mencurangi pasangan mereka. Mungkin selepas ini, Brother Love boleh memberikan tip-tip untuk tipu si suami, supaya si lelaki dapat tahu helah orang-orang perempuan pula. 

Bagi saya, 10 Tips Tipu Bini bukanlah permulaan yang baik buat filem tempatan pada tahun ini. Saya tidak mengatakan teruk, tetapi pada dasarnya, filem ini sangat hambar. Jika dilihat pada penghujung filem, Brother Love ada memberi ‘hint’ mengenai filem dua, dan diharapkan ia lebih bagus dari yang pertama dan lebih kelakar sehingga mampu memberi ingatan kepada penonton. 

10 Tips Tipu Bini kini boleh didapati di Astro First (saluran 480). 

Rating Kakimuvee

1.5/5

p/s: sopankan review kalini 😀


Related posts

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee