Review Fantastic Beasts The Crimes Of Grindelwald

94
views
Review filem,
Fantastic Beasts The Crimes Of Grindelwald
7.5/10
Berlatarkan pada tahun 1927, enam bulan selepas peristiwa di filem Fantastic Beasts pertama, ahli sihir Grindelwald (Johnny Depp) yang telah berubah bentuk melarikan diri dari penjara ahli sihir di New York dan memulakan gerakan serta operasi ke Paris untuk menguasai dan mendominasi dunia dengan sihir. Grindelwald ke Paris untuk merekrut Credence (Ezra Miller), di mana Credence dalam akhir filem Fantastic Beasts pertama telah mendedahkan kuasanya yang dahsyat bersarang di dalam dirinya, yang dapat menghapuskn segala-galanya dan membunuh tanpa belas kasihan dan tanpa ragu-ragu. Grindelwald percaya bahawa Credence dan identiti sejatinya adalah kunci kepada ahli sihir untuk memerintah dunia
Grindelwald mahukan ahli sihir “pureblood”, tiada darah campuran atau muggles/non-maj yang dibenarkan untuk menguasai dunia dan manusia. Kementerian Sihir global bertungkus lumus sedaya upaya untuk menghentikannya dari mengakhiri status toleransi perdamaian di antara manusia biasa dan ahli sihir yang telah berabad-abad dilaksanakan.
Kementerian British meminta magizoologist, Newt Scamander (Eddie Redmayne) untuk membantu menghentikan Grindelwald sebagai balasan kerana membenarkannya melakukan pengembaraan bebas sekali lagi. Newt enggan, sehinggalah dia bertemu dengan bekas guru Hogwartsnya, Albus Dumbeldore (Jude Law). Atas sebab misteri tertentu, Dumbledore yang berkuasa tidak boleh bertarung dengan Grindelwald dengan sendirinya dan memohon Newt ke Paris untuk melaksanakan tugasan menangkap Grindelwald.
Newt bersetuju untuk membantu dan membuat satu pasukan dengan non-maj Jacob (Dan Fogler) dan adik beradik ahli sihir, Queenie Goldenstein (Alison Sudol) dan Tina Goldenstein (Katherine Waterston) bukan sahaja untuk mencari Credence tetapi juga dengan tujuan menghentikan misi jahat Grindelwald sebelum terlambat
_______________________
Bahagian terbaik dalam filem ini adalah merasakan ianya seperti ditulis sebagai novel (untuk filem ini, JK Rowling menulis skrip terus ke filem). Dikemas dengan maklumat, cerita, dan backstory watak-watak. Bab demi bab, penonton belajar sesuatu yang lebih lanjut mengenai setiap watak. Buruknya tentang filem ini adalah ianya agak menyesakkan dengan pelbagai karakter dengan cubaan untuk menjadikan francais Fantastic Beasts ini penuh dengan “penghuni” dan menjadikan universe francais filem ini lebih besar.
Tetapi banyak subplot yang berbelit-belit dan plotholes yang membuatkan banyak persoalan yang tidak terjawab ditambah dengan watak-watak yang sekejap muncul lepastu hilang lepastu eh ada balik dan tempo filem ini yang sering terasa seperti hilang entah kemana-mana. Tapi syukurlah, penulisan skrip JK Rowling begitu teratur dan terperinci yang mana walaupun kerap meleret aluran ceritanya, “tongkat sakti” JK Rowling sentiasa ada dan kerap membuat adegan dalam filem ini berfungsi berseuaian dengan situasi.
Visual dalam filem ini menakjubkan dengan aksi yang menegangkan tetapi sekuel ini tidak memiliki daya penarik seperti filem pertama. Filem ini seperti tidak melambangkan tajuk utamanya dan seolah-olah “try hard” nak bagi penonton hadamkan dan fahamkan apa yang dihidangkan, tetapi kalau untuk penonton “muggles” agak terlalu “deep” nak faham dan memang blur sampai kesudah, filem ini macam khas hanya untuk “potterheads” pulak.
Apapun tak rugi pun kalau nak tengok, lebih-lebih lagi kau memang minat Harry Potter, bila sekolah Hogwarts muncul dalam filem ni dengan diiringi lagu latar Harry Potter, fuhh rasa nak bngun tepuk tangan je. Kakakakaka. Merinding bulu roma!!
Sebagai peminat Wizarding World, aku tetap suka filem ni walau aku ada kecam. Biasalah bila dalam sebuah francais filem, filem di pertengahan ni kebanyakan memang agak sukar nak dikembangkan. Harap filem seterusnya (ada lagi 3 filem tayangan pada tahun 2020, 2022 dan 2024) berikutnya lebih banyak membangun hubungan dan pengembangan karakter untuk diketengahkan sebelum pertempuran klimaks ahli sihir yang paling terkenal dan paling hebat sepanjang zaman di antara Grindelwald dan Dumbledore pada tahun 1945 di benua Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here