Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review Slot Tempatan

Review Drama VIU: Black (Episod 1)

AMARAN SPOILER!!!

Peminat-peminat drama Korea pastinya sudah mengentahui bahawa VIU Malaysia telah menghasilkan sebuah drama berjudul Black yang diadaptasikan dari drama popular Korea berjudul sama. Kami sebelum ini pernah mewar-warkan kewujudan drama Black versi Malaysia menerusi laman Facebook dan Instagram Kakimuvee dan telah menerima pelbagai reaksi dari para peminat.

Saya tidak mahu mengulas mengenai reaksi peminat kerana ia bergantung kepada pendapat masing-masing, tetapi saya ingin kongsikan pendapat saya selepas menonton episod pertama drama arahan pengarah Pusaka ini iaitu Razaisyam Rashid.

Black dibintangi pelakon Kamal Adli yang memainkan peranan sebagai Han Moo-gang versi Malaysia iaitu Detektif Malik. Dia bergandingan dengan Siti Saleha yang berperanan sebagai Sofia, seorang gadis yang mempunyai kebolehan untuk melihat kematian, serta Nabila Huda sebagai Aisya, teman wanita Malik, Khir Rahman sebagai Detektif Borhan dan Zoey Rahman sebagai Lokman.

Seperti drama asal, episod pertama dimulakan dengan penemuan rangka manusia oleh anggota polis. Malik yang merupakan rakan sepasukan Borhan telah pergi ke tempat kes dimana dia telah melakukan sesuatu yang menyebabkan Borhan begitu marah dengannya. Selepas melakukan siasatan, kedua-dua detektif itu telah singgah kesebuah restoran untuk membeli makanan. Disana, Malik telah bertemu dengan Sofia yang bekerja sebagai juruwang.

Bagaimanapun, berlaku kejadian yang tidak diingini apabila pelanggan restoran tersebut yang juga bekas kekasih Sofia telah maut dilanggar sebuah lori. Kejadian tersebut telah menyebabkan Sofia menjadi murung dan telah dia telah membuat keputusan untuk bercuti. Ketika berada didalam bas, Sofia yang berkebolehan melihat kematian telah menjadi panik selepas menyaksikan kesemua penumpang mempunyai tanda-tanda untuk maut. Tingkah lakunya itu telah menyebabkan dia ditahan anggota polis dan dibawa ke balai.

Semasa dibalai polis, dia telah disoal oleh seorang pegawai dan dia menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya serta menceritakan masalah yang sering dihadapi olehnya. Penjelasannya itu bagaimanapun dianggap sebagai jenaka oleh pegawai tersebut sehinggalah keluar berita tergempar yang memaparkan bas yang dinaiki Sofia telah mengalami kemalangan sehingga membunuh kesemua penumpang.

Berita tersebut menyebabkan Sofia telah disyaki merancang kemalangan tersebut. Keadaan menjadi kucar-kacir sehingga mendapat perhatian Malik yang pada ketika itu sedang duduk dimejanya. Kesesokan harinya, Sofia telah dibebaskan selepas mendapati dia tidak terlibat dalam kemalangan tersebut. Semasa mengambil barang-barangnya, ibu kepada Sofia telah datang ke balai sehingga menyebabkan dia merasa tidak selesa. Keadaan kembali tegang selepas Sofia mengamuk kerana kaca mata telah hilang. Disebalik kekecohan, Malik muncul untuk menyerahkan kembali kaca mata Sofia dan menjelaskan dia sebenarnya memperbaiki kaca mata milik gadis tersebut.

Malik kemudiannya menghantar Sofia pulang, dan sejak dari itu mereka berdua sering berhubung, lebih-lebih lagi selepas Malik mempercayai cerita Sofia mengenai kebolehan melihat kematian. Sementara itu, Malik yang ditugaskan untuk menyiasat kes penemuan rangka semasa diawal episod, telah semakin hampir untuk merungkai satu kes yang cukup lama.

Saya sebolehnya tidak mahu membandingkan Black versi Malaysia dan versi Korea. Bagi saya, ianya tidak adil kerana versi Korea sudah tentunya ianya versi asal dan produksinya pasti jauh lebih mahal dari versi tempatan. Apa yang saya boleh puji, cara penceritaan episod pertama boleh dikatakan tersusun, dan berjaya membangkitkan perasaan ingin tahu. Cuma terdapat sedikit kekurangan pada permainan drama, dan babak-babak yang sepatutnya tegang atau ‘tension’ tidak begitu dirasai.

Buat masa ini, saya tidak nampak masalah besar pada lakonan para pelakon utama. Siti Saleha berjaya membawa watak Sofia dengan baik sekali. Mungkin ada yang cuba membandingkan dia dengan Go Ara, tetapi bagi saya dia mempunyai kualitinya yang tersendiri. Watak Malik lakonan Kamal Adli bagi saya sedikit tenggelam, saya berharap dapat melihat lebih banyak permainan karakter dalam episod akan datang. Lakonan Nabila Huda dan Khir Rahman setakat ini bagi saya masih memuaskan, jujur saya katakan, watak Detektif Borhan menghiburkan, kelakar dalam kekasaran.

Sedikit kekecewaan pada drama ini adalah kostum dan pelakon-pelakon tambahan. Saya akui mungkin kekangan bajet menghalang pihak produksi untuk memberi yang lebih baik, cuma diharapkan pada masa akan datang, pakaian seragam polis tidak kelihatan seperti pengawal keselamatan, dan para pelakon tambahan bukan sekadar untuk muncul dihadapan kamera.

Setakat ini, episod satu drama Black berada dilandasan yang tepat, saya masih teruja untuk menonton episod kedua dan saya harap episod akan datang akan memberi sesuatu yang lebih menarik dan unik untuk ditonton.

Rating hanya akan diberi selepas tayangan semua episod

Black akan mula disiarkan diplatform penstriman video VIU mulai 17 Disember ini

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Review Filem: Venom: Let There Be Carnage (2021)

Kakimuvee

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram

Kakimuvee

Pengarah PREBET SAPU ‘Bakar’ Beto Kusyairy

Kakimuvee

Tayangan Perdana ‘Mechamato’ Monsta di Cartoon Network, Disember 4

Kakimuvee

Leave a Comment