Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (TV3) – Episod: 6 – 10


Episod : 6 – 10

Drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim kini masih berterusan disiarkan di kaca televisyen anda. Bagi mereka yang tidak mengikuti siri ini, Rahimah Tanpa Rahim merupakan sebuah siri televisyen yang berkisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang mengalami sindrom tanpa rahim yang dikenali sebagai Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser Syndrome atau MRKH.

Kini telah sampai ke minggu yang seterusnya iaitu minggu kedua. Episode 6 – 10. Sepertimana yang dijelaskan di atas, pada minggu kedua ini akhirnya kondisi medikal Rahimah telah ditunjukkan kepada umum dan perkara ini dilihat secara tidak langsung memberi pengetahuan baharu kepada semua penonton yang menonton.

Perkara ini dilihat sebagai satu perkara yang bagus kerana di sini kita dapat lihat akan kepentingan sesebuah filem dan drama selain hanya sekadar hiburan namun mampu menjadi medan penyampaian ilmu pengetahuan secara tidak langsung kepada masyarakat.

Lebih lebih lagi, watak Doktor yang ada dalam drama ini merupakan mereka yang ahli dalam MRKH ini sendiri sekaligus keyakinannya menyampaikan fakta berkaitan MRKH mampu menarik minat penonton.


 

Walau bagaimanapun, kehebatan perkara tersebut hanya mati sekadar pada dua episod iaitu episode 8 dan sedikit dalam episode 9. Seterusnya momentum pendidikan dalam drama bersiri ini terus terhenti dan diteruskan dengan rasa tipikal drama Melayu jam 7 sepertimana biasa.

Rahimah seperti biasa terus dijadikan bola tanggung ke sana ke mari, ibu mertuanya terus mengejek beliau kerana tidak mempunyai rahim, bekas isteri Jauhar iaitu Nurul berterusan ingin mendapatkan hati Jauhar walaupun sudah diceraikan oleh Jauhar.

Ibu kepada Jauhar iaitu Puan Sakinah yang mana mempunyai hubungan sulit dengan bekas besannya. Perkara – perkara ini walaupun dilihat sebagai isu sampingan dalam drama Rahimah Tanpa Rahim ini namun ia diberikan “screentime” yang sangat  banyak sehingga menenggelamkan isu utama iaitu Sindrom MRKH.

Harapan kami adalah tidak lain dan tidak bukan untuk melihat lebih banyak “screentime” berkenaan isu MRKH yang pada asalnya ingin diketengahkan demi memberi pelajaran kepada masyarakat akan kondisi medikal yang sangat jarang berlaku ini.

Rating Kakimuvee

2.5/5


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee